TONGGAK Kedah, Baddrol Bakhtiar percaya skuad kebangsaan sudah bersedia membuka lembaran baharu dengan melakar keputusan positif ke atas Filipina pada perlawanan persahabatan di Stadium Memorial Rizal, Manila, Rabu ini.

Baddrol berkata, walaupun rekod pertemuan antara Malaysia dan Filipina seimbang namun beliau optimis skuad negara mampu memberi saingan lebih baik jika rakan sepasukan fokus dan bersatu hati.

Beliau antara 23 pemain yang disenaraikan Datuk Ong Kim Swee bagi menghadapi skuad The Azkals.

“Sudah tentu saya mengharapkan untuk kami bangkit dalam perlawanan dengan Filipina ini.

“Dalam pertemuan ini, kami akan hadir dengan satu perubahan baharu yang mungkin tidak terlalu besar, tetapi saya percaya ia boleh memberikan hasil yang positif untuk negara," katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan Anugerah Pemain Terbaik Liga Super Bulan Februari Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFAM)-asiana.my di Shah Alam semalam.

Baddrol menerima plak, hadiah RM1,500 sumbangan 139associates dan MVP Sports Agency, trofi sumbangan Ideasia dan gambar berserta bingkai pemain sumbangan Asiana.my.

Sementara itu, mengulas mengenai kedudukan Kim Swee dalam skuad negara sekiranya berlaku perubahan selepas pemilihan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2017/21 pada Sabtu ini, Baddrol berkata, beliau tidak berhak membuat sebarang kenyataan mengenai perkara berkenaan.

Bagi beliau tanggungjawab bagi seorang pemain dan pasukan  adalah mematuhi arahan jurulatih dan menjalankan tugas masing-masing dengan baik.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PERTUKARAN ketua jurulatih tidak memberi masalah besar buat pasukan Kedah dalam memastikan kejuaraan Piala Sumbangsih musim ini dapat dikekalkan ketika menentang JDT, malam esok.
  • PEMAIN Paling Bernilai (MVP) 2017, Baddrol Bakhtiar masih belum memikirkan cadangan rakannya, Khairul Helmi Johari untuk mengantikan beliau sebagai ketua pasukan Kedah pada musim 2018.
  • KEJAYAAN memenangi tiga trofi pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK2017) membakar semangat pemain tengah Kedah, Baddrol Bakhtiar untuk memburu lebih banyak trofi bersama skuad Lang Merah pada saingan Liga Malaysia 2018.
  • APA pun kita perlu menang, namun dalam masa yang sama kita tidak boleh pandang rendah kepada pasukan Hong Kong yang mempunyai kelebihan tersendiri, kata pemain tengah negara, Baddrol Bakhtiar.