JAGUH berbasikal negara, Azizulhasni Awang mempamerkan kayuhan bertenaga untuk menamatkan penantian Malaysia merangkul pingat emas pertama negara acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Hong Kong.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 yang terkenal dengan jolokan 'The Pocket Rocketman' menghadapi tentangan sengit daripada lima pelumba lain sebelum mencecah garisan penamat untuk meraih pingat emas dalam perlumbaan yang diadakan di Hong Kong Velodrome Park.

Pelumba Colombia Fabian Hernando Puerta Zapata memenangi perak manakala gangsa milik pelumba Tomas Babek dari Republik Czech, menurut laman web kejohanan itu; www.trackworldchamp.hk.

Untuk rekod, Mohd Azizulhasni hanya berjaya memperoleh pingat perak pada 2010 di Denmark selain memenangi pingat gangsa, dua kali -- di Perancis pada 2015 dan 2016 di United Kingdom dalam acara keirin.

Pelumba kelahiran Terengganu itu juga memenangi pingat perak dalam acara pecut pada 2009 di Poland.

Terdahulu, seorang lagi pelumba Malaysia Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang pertama kali bersaing di kejohanan dunia, gagal mara ke pusingan kedua selepas menamatkan kedudukan di tempat kedua dalam perlumbaan repechage pertama, di belakang pelumba Jerman, Joachim Eilers.

Mohd Azizulhasni dan Muhammad Shah Firdaus akan memberi tumpuan acara pecut individu, yang berlangsung Sabtu ini. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • IMPIAN 'The Pocket Rocket Man' - juara lumba basikal dunia acara keirin, Mohd Azizulhasni Awang untuk meraih emas acara itu pada Sukan Asia 2018 mungkin berkecai apabila penganjur temasya dilaporkan mahu menggugurkan acara berkenaan.
  • PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu juara Keirin Dunia, Azizulhasni Awang menjadi role model (contoh ikutan) rakyat Malaysia khususnya golongan muda dalam bidang sukan.
  • WALAUPUN sudah bergelar juara dunia, jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizuhasni Awang tetap tidak mahu 'bersenang-lenang' sambil menikmati kejayaannya meraih pingat emas acara keirin di Kejohanan Dunia di Hong Kong, baru-baru ini.
  • KERAJAAN Terengganu mengumumkan ganjaran RM200,000 kepada jaguh lumba basikal negara, Azizulhasni Awang di atas kejayaannya selepas muncul juara dunia dalam acara keirin pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Hong Kong, Isnin lalu.
  • JAGUH trek berbasikal negara, Azizulhasni Awang diberi penghargaan mencuba Velodrom Nasional dan trek berbasikal BMX di Nilai, Negeri Sembilan pada minggu depan sebelum venue itu digunakan untuk temasya Sukan SEA Kuala Lumpur dan Para Asean.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.