JAGUH trek negara, Azizulhasni Awang gagal ke pusingan kedua acara pecut individu lelaki di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Hong Kong hari ini.

Azizulhasni tewas kepada Hugo Barrette dari Kanada dalam saringan keenam acara itu yang berlangsung di Hong Kong Velodrome Park, menurut laman web kejohanan itu, www.trackworldchamp.hk.  

Terdahulu Azizulhasni, yang menjuarai acara keirin semalam, melepasi pusingan kelayakan selepas mencatat masa 10.057 saat di kedudukan ke-23.

Sebagai rekod, Azizulhasni pernah meraih pingat perak dalam acara pecut di Kejohanan Dunia di Pruszkow, Poland pada 2009.

Beliau mempunyai rekod meraih empat pingat emas acara sama di Kejohanan Asia yang berlangsung di Nara, Jepun pada 2008, Tenggarong (Indonesia) 2009, Astana (Kazakhstan) 2014 dan yang terbaharu di New Delhi, India, Februari lalu.

Azizulhasni terkenal dengan jolokan 'The Pocket Rocketman' buat pertama kalinya meraih pingat emas acara keirin semalam. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu juara Keirin Dunia, Azizulhasni Awang menjadi role model (contoh ikutan) rakyat Malaysia khususnya golongan muda dalam bidang sukan.
  • WALAUPUN sudah bergelar juara dunia, jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizuhasni Awang tetap tidak mahu 'bersenang-lenang' sambil menikmati kejayaannya meraih pingat emas acara keirin di Kejohanan Dunia di Hong Kong, baru-baru ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.