SUKAN Asia 2018 yang berlangsung di Palembang, Indonesia, sudahpun melabuhkan tirainya.

Selaku tuan rumah pula, Indonesia turut menjadi perhatian termasuklah kelibat atlet bola tampar wanita yang kelihatan seperti lelaki.

Itu yang dikongsikan oleh seorang pemilik Facebook Azuera D'amore yang mendapat perhatian netizen di negara ini kerana terkejut dengan fizikal atlet tersebut.

Melalui perkongisian SRIPOKU.COM, atlet yang bernama Aprilia Santini Manganang ini sebenarnya adalah seorang wanita dan baharu berusia 26 tahun.

Dengan memiliki ketinggian 170 sentimeter dan mempunyai otot yang sado, tidak hairanlah beliau kelihatan seperti lelaki sebenar.

Dia mewakili pasukan bola tampar wanita Indonesia pada Sukan Asia baru-baru ini.

Meski seorang atlet berprestasi, Aprilia Manganang juga merupakan anggota Angkatan Darat, Tentara Nasional Indonesia (TNI).

Sebelum menjadi atlet ternama negara itu dan juga anggota TNI, Manganang merupakan gadis kecil yang sering membantu kedua orang tuanya.

Menyedari bahawa lahir dari keluarga yang kurang berada, Manganang sentiasa bersedia membantu orang tuanya berniaga pisang goreng.