KETUA Jurulatih pasukan Liga Super Pulau Pinang, Ashley Westwood melepaskan jawatan panas yang disandangnya itu berkuatkuasa serta merta hasil perbincangan dengan Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP).

Presiden FAP, Zairil Khir Johari dalam satu kenyataan berkata, Westwood bersetuju untuk menamatkan perkhidmatannya serta melepaskan jawatannya selepas mencapai kata sepakat berhubung perkhidmatan beliau.

Menurutnya, persatuan tersebut merakamkan penghargaan atas khidmat dan usaha beliau selama berada dengan pasukan Pulau Pinang.

"Bagi mengisi kekosongan ini buat sementara, pihak FAP bersetuju untuk melantik Darren Read, Pembantu Ketua Jurulatih, bagi memangku jawatan tersebut.

"Pihak FAP akan mengumumkan pelantikan Ketua Jurulatih yang baharu dalam masa yang terdekat ini," katanya.

Sebelum ini, Zairil berkata, pihaknya akan bermesyuarat bagi membincangkan beberapa perkara termasuk status Westwood dan pemain pasukan Harimau Kumbang dalam tempoh terdekat.

Menurutnya, badan induk bolasepak Pulau Pinang mengambil serius kekalahan yang dihadapi pasukan dan keadaan semasa pasukan Pulau Pinang itu sendiri.

Selepas lapan perlawanan di peringkat Liga Super 2017, pasukan itu berada di tangga tercorot dengan hanya memungut dua mata sahaja.

$content.code.value
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JURULATIH berpengalaman, Mohd Azraai Khor Abdullah menjadi antara pilihan utama penyokong Pulau Pinang untuk mengisi kerusi panas ditinggalkan pengendali dari England, Ashley Westwood yang ditamatkan kontrak...
  • WALAUPUN digantung empat perlawanan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), ia langsung tidak mengganggu tumpuan Ashley Westwood untuk memburu kemenangan pertama Pulau Pinang menentang Sarawak malam ini.
  • PEMILIHAN Ashley Westwood sebagai pengendali baharu Pulau Pinang 2017 adalah berdasarkan kemampuannya membangunkan pemain muda seperti yang dilakukan bersama bekas pasukannya, Bengaluru FC di Liga India.
  • HARIMAU Kumbang mengumumkan bekas pemain Manchester United, Ashley Westwood sebagai Ketua Jurulatih baharu pasukan tersebut sehingga tahun 2018.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.