PEMAIN Arsenal memiliki mentaliti juara dalam misi merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Perkara itu dinyatakan sendiri pengendali The Gunners, Arsene Wenger selepas melihat kemampuan pemainnya bangkit menumbangkan Bournemouth 3-0 yang sebelum itu tewas kepada  Liverpool (0-4) dan Stoke City (1-0).

“Apa yang boleh saya katakan ialah pemain menunjukkan moral dan semangat bangkit melawan tinggi. Mereka tidak mudah kecewa kalah dua kali berturut-turut.

“Semangat ini membezakan antara pemain lain di EPL dengan pemain Arsenal,” katanya.

Menurutnya, kemenangan ke atas Bournemouth itu memadam sedikit  pandangan negatif penyokong Arsenal sebelum ini.

“Pemain menunjukkan disiplin tinggi dan mampu menjadi juara EPL jika teruskan aksi konsisten,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger berpuas hati dengan persembahan Alexandre Lacazette meskipun penyerang itu kurang menyerlah ketika berdepan Chelsea di Stamford Bridge, kelmarin.
  • PENGENDALI Arsenal, Arsene Wenger memuji kebangkitan pemainnya ketika menjinakkan FC Koln 3-1 dalam saingan peringkat Kumpulan H kempen Liga Europa di Stadium Emirates, awal pagi semalam.
  • PENJAGA gol Arsenal, Petr Cech percaya The Gunners boleh mengalahkan jiran tetangga mereka, Chelsea menjelang derby London di Stamford Bridge, esok.
  • PEMAIN tengah Arsenal, Mesut Ozil meminta pengkritiknya supaya menutup mulut sebaliknya terus menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Arsenal.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.