Mohd Arif Abdul Latiff
$entry.content.caption.value

AGAK sukar buat pemain pelapis negara, Mohd Arif Abdul Latiff meletakkan dirinya sebagai pemain perseorangan ketiga negara.

Namun pemain berusia 23 tahun ini, tekad meraih kepercayaan dan keyakinan jurulatih menjelang perlawanan kelayakan Piala Thomas di Macau pada 13 Februari ini.
 
Sepuluh hari sebelum kejohanan, Arif perlu bijak mengatasi masalah gugup dan tekanan dari luar gelanggang, memandangkan cabaran kali ini lebih getir ditambah dengan barisan pemain yang tidak konsisten sepanjang aksi tahun lalu kecuali Datuk Lee Chong Wei.
 
“Tidak kira di gelanggang mana sekalipun, tekanannya tetap sama dan itu sudah menjadi lumrah buat atlet. 
 
“Tetapi paling penting, bagaimana saya perlu hadapi tekanan daripada penyokong Malaysia yang begitu berharap kami berjaya seperti skuad sebelum ini,” katanya sambil menyifatkan cakap-cakap belakang mempertikaikan kemampuan kontinjen negara membuatkan pemain lebih tertekan.
 
Bagaimanapun, Arif bertekad merubah persepsi itu, selain mahu disenaraikan sebagai pemain perseorangan ketiga negara.
 
Arif kali pertama disenaraikan dalam skuad Piala Thomas ketika berusia 19 tahun pada pusingan Kelayakan di Vietnam pada 2008.
 
Namun, selepas empat tahun Arif mengakui inilah masanya untuk bangkit dan tunjukkan kemampuan.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.