PAKAR pecut negara, Anuar Manan terus mencipta nama selaku pelumba berbasikal yang perlu digeruni apabila berjaya meraih podium pada penampilan pertama di Tour de Siak, Indonesia yang diadakan baru-baru ini.

Mewakili pasukan Amskins Forca Racing Team, pelumba kelahiran Kampung Kuala Ibai, Kuala Terengganu ini meriah tempat ketiga pada perlumbaan hari kedua yang membabitkan laluan sejauh 95 kilometer.

Selain Anuar, beberapa nama hebat dalam sukan berbasikal seperti Adiq Husaini Othman, Amir Mustafa Rusli, Ayman Zarif dan Sofian Nabil turut menyertai pasukan Amskins Forca Racing Team.

Perlumbaan yang diadakan selama tiga hari itu memberi tuah buat Sofian Nabil yang berjaya menamatkan tempat ketiga sebelum gandingannya bersama Anuar berjaya berada di kelompok 20 terbaik.

Pengalaman dan daya saing tinggi dipamerkan Anuar nyata menyebelahinya apabila menamatkan perlumbaan di tempat ketiga pada hari terakhir kejohanan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :