BEKAS Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa antara lima individu yang dicalonkan untuk merebut jawatan presiden pada kongres pemilihan persatuan itu, 17 September ini.

Setiausaha Agung Kafa, Datuk Ismail Md Noor mengesahkan saingan lima penjuru merebut kerusi nombor satu itu sebaik sahaja tempoh pencalonan berakhir jam 5 petang, semalam. 

Menurutnya, selain Annuar, turut mendapat pencalonan adalah dua Naib Presiden sekarang, Datuk Muhammad Nasir Hamzah dan Datuk Rosmadi Ismail, penaja utama The Red Warriors, Datuk Ir Shaari Hassan dan ahli perniagaan, Bibi Ramjani Ilias Khan.

“Bagi jawatan timbalan presiden, seramai empat orang telah dicalonkan manakala kuota tiga naib presiden tampak sengit dengan pencalonan 13 individu terdiri dalam kalangan tokoh korporat, ahli politik, pegawai tadbir dan sebagainya.

“Begitu juga perebutan jawatan ahli jawatankuasa eksekutif Kafa turut menyaksikan seramai 30 orang dicalonkan untuk mengisi kekosongan 10 kerusi itu,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Kongres kali ke-63 Kafa boleh dianggap paling sengit dalam sejarah apabila dijangka berlaku pertandingan melibatkan ketiga-tiga jawatan tertinggi badan induk itu.

 

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) lebih berminat untuk mendapatkan jurulatih dari luar negara bagi membimbing skuad The Red Warriors (TRW) musim depan.
  • BEKAS pemain Kelantan, Salim Mahmud Muhaidin mengkritik Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengendalikan persiapan membentuk pasukan itu untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
  • PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan menyemak baki tempoh kontrak pemain muda Kelantan yang kini diintai beberapa kelab yang berhasrat mendapatkan khidmat mereka untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
  • PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) meminta penaja yang masih mempunyai tunggakan penajaan agar menyelesaikan wang tajaan berkenaan bagi membolehkan pihak pengurusan persatuan itu melunaskan baki tunggakan gaji pemain Kelantan.
  • BEKAS Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa mengingatkan semua pihak agar memberikan kerjasama kepada Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjalankan tanggungjawabnya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.