PEMINAT tempatan berpeluang menyaksikan kehebatan legenda bola sepak Eropah, European Player Legend (EPL) menerusi kejohanan Standard Chartered EPL Football Malaysia Cup pada tahun ini.

Kejohanan itu dijadual berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 21 April ini membabitkan pemain legenda dari kelab terbesar di Eropah seperti Manchester United, Liverpool, EPL All Stars dan The Malaysia Legends.

Penganjur kejohanan dalam satu kenyataan, semalam, menyenaraikan  David James, Robbie Fowler, Steve McManaman dan Dietmar Hamann (Liverpool); Andy Cole, Lee Sharpe dan Ronnie Johnson (Manchester United) serta Dennis Wise, Franck Leboeuf dan Tore Andre Flo (EPL All Star) antara pemain yang bakal beraksi.    

Selain itu, peminat juga berpeluang mendapatkan autograf pemain menerusi Karnival Bola Sepak Jalanan yang diadakan sebelum perlawanan bermula pada jam 3 petang.

Orang ramai boleh membeli tiket menerusi Air Asia Redtix (redtix.airasia.com) bermula Ahad ini dengan harga dari RM18 hingga RM198. - Bernama.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JUARA bertahan, Chelsea perlu belajar daripada kesilapan lalu saat pertemuan menentang Tottenham Hotspur, Ahad ini.
  • PENGENDALI Chelsea, Antonio Conte menolak ramalan awal skuadnya mampu mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), musim ini.
  • PENYERANG Leicester City, Jamie Vardy kecewa selepas mereka gagal mempertahankan kelebihan ketika bertandang ke Emirates, awal pagi semalam.
  • BEKAS pertahanan Manchester United, Gary Neville berkata, Arsenal bukan pencabar tulen Liga Perdana Inggeris (EPL), musim ini.
  • AKSI sulung Liga Perdana Inggeris (EPL) membabitkan pertemuan Arsenal dengan Leicester City, awal pagi semalam berlangsung dalam situasi penuh dramatik dengan tujuh gol terhasil di Stadium Emirates.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.