TIGA gol daripada Robert Lewandowski, Thiago Alcantara dan Joshua Kimmich memastikan kemenangan selesa buat Bayern Munich ketika melayan kunjungan Anderlecht pada aksi Liga Juara-Juara di Allianz Arena, awal pagi semalam.

Kemenangan itu bagaimanapun disambut dingin pengendalinya, Carlo Ancelotti kerana menganggap mereka bermain di bawah keupayaan sebenar.

Katanya, pada aksi sulung Kumpulan B itu jentera serangannya kelihatan kurang bermaya apabila hanya berjaya menambah jaringan pada minit ke-65 dan mengesahkan kemenangan mutlak pada minit akhir perlawanan selepas mendahului lawan seawal m-12.

"Malam ini kami tak bermain seperti apa yang inginkan. Selepas jaringan pertama, pemain seakan selesa dengan gol pendahuluan.

"Apa pun, meskipun beraksi di bawah par, saya tetap gembira kami memperolehi tiga mata," kata Ancelotti.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.