PERTAHANAN Juventus, Dani Alves berharap pasukannya tidak bertemu Barcelona dalam peringkat suku akhir Liga Juara-Juara.

Menurut pertahanan itu, dia hanya berharap kedua-dua pasukan ini hanya akan berjumpa di perlawanan akhir sahaja.

“Saya tidak ingin menghadapi Barcelona. Itu akan terlalu aneh untuk saya.

“Walaupun saya ingin berhadapan dengan mereka, saya lebih memilih itu terjadi di final Liga Juara-Juara nanti,” katanya. 

Juventus sudah memastikan layak untuk ke suku akhir  selepas menang 1-0  ke atas Porto awal  pagi tadi di Stadium  Juventus. 

Kemenangan itu memastikan Juventus layak dengan agregat 3-0. 

Sementara itu, Barcelona turut memastikan layak ke peringkat suku akhir secara dramatik menumpaskan Paris Saint-Germain dengan agregat 6-5.

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KEMENANGAN besar tujuh gol tanpa balas dalam aksi Liga Juara-juara Eropah bertemu Maribor di Ljudski vrt Stadion awal pagi tadi membuktikan Liverpool masih belum hilang bisa.
  • JOSE Mourinho mengingatkan Romelu Lukaku supaya melupakan sebarang pujian berikutan permulaan cemerlangnya di Manchester United apabila dua gol penyerang Belgium itu membantu kemenangan 4-1 ke atas CSKA Moscow dalam aksi Kumpulan A Liga Juara-Juara, awal pagi semalam.
  • LIVERPOOL terus optimis mampu melangkah ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara walaupun hanya mencatat keputusan seri dalam dua perlawanan peringkat kumpulan.
  • JORDAN Henderson mahu jentera Liverpool lebih agresif bagi memastikan The Reds melakar kemenangan dalam saingan Kumpulan E Liga Juara-Juara.
  • PENGENDALI Real Madrid, Zinedine Zidane mahu penyokong Los Blancos menghentikan cemuhan terhadap Gareth Bale selepas pemain itu menjaringkan gol menarik ketika berdepan Borussia Dortmund dalam aksi Liga Juara-Juara di Stadium Signal Iduna Park, awal pagi semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.