Alberto Contador
$entry.content.caption.value

MADRID - Mahkamah Timbang Tara Sukan Sepanyol hari ini mengenakan penggantungan dua tahun ke atas juara Tour de France sebanyak dua kali, Alberto Contador berhubung kesalahan penggunaan bahan terlarang.

Selain itu, dia juga dilucutkan kejuaraan Tour de France edisi 2010.

Oleh kerana penggantungan ke atasnya akan berkuat kuasa sehingga 6 Ogos ini, dia akan hilang peluang untuk menyertai kejohanan tahun ini.

Pelumba berusia 29 tahun itu didapati positif ujian ketika kejohanan 2010.

Laporan media Februari 2011 menyebut, ujian 'doping' ke atas Contador menunjukkan dia positif menggunakan bahan terlarang clenbuterol pada kejohanan musim 2010 dan digantung selama setahun, namun dia mendakwa ia sebenarnya datang daripada daging kisar.

Pada Februari tahun lalu, Persekutuan Lumba Basikal Sepanyol mendapati dia tidak bersalah terhadap penggunaan bahan terlarang.

Persatuan Lumba Basikal Antarabangsa dan Agensi Anti-Doping Dunia mengemukakan rayuan terhadapa keputusan itu di Mahkamah Timbang Tara Sukan.


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.