PENGENDALI Arsenal, Arsene Wenger menyifatkan taktikalnya masih menjadi setelah menumpaskan Lincoln City 5-0  dalam saingan Piala FA, awal pagi semalam.

Menurutnya, penyokong seharusnya bertindak adil dan tidak mengkritik keterlaluan apatah lagi Arsenal masih memerlukan khidmatnya sebagai pengendali.

Malah, katanya, kekalahan memalukan Arsenal dalam saingan Liga Juara-Juara tempoh hari, disifatkan sebagai kesilapan pengadil dan bukan silap dirinya mahupun pemain.

“Saya fikir kritik kepada pasukan untuk pertandingan terakhir melawan Bayern Munich tidak adil, kerana kami bermain dengan baik.

“Kami kalah bukan karena kesalahan para pemain. Dan secara keseluruhan, untuk membalas kritikan penyokong, kami telah menang 5-0 ke atas Lincoln.

“Saya fikir kami bermain dengan sangat baik melawan Bayern Munich. Pertandingan kami dirosakkan oleh pengadil. Saya sudah menonton ulangan   pertandingan sebanyak tiga kali dan memang kesilapan pengadil,” katanya.

Dalam perlawanan itu, Olivier Giroud membuka jaringan di minit ke-53, Alexis Sanchez  (m-72), Aaron Ramsey (m-75) dan satu jaringan sendiri pemain Lincoln, Luke Waterfall (m-58).

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENGENDALI Arsenal, Arsene Wenger memuji kebangkitan pemainnya ketika menjinakkan FC Koln 3-1 dalam saingan peringkat Kumpulan H kempen Liga Europa di Stadium Emirates, awal pagi semalam.
  • PENJAGA gol Arsenal, Petr Cech percaya The Gunners boleh mengalahkan jiran tetangga mereka, Chelsea menjelang derby London di Stamford Bridge, esok.
  • PEMAIN Arsenal memiliki mentaliti juara dalam misi merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
  • PEMAIN tengah Arsenal, Mesut Ozil meminta pengkritiknya supaya menutup mulut sebaliknya terus menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Arsenal.
  • PENJAGA gol Arsenal, Petr Cech percaya kemenangan Perisai Komuniti ke atas Chelsea akan dijadikan sebagai batu loncatan buat The Gunners menghadapi musim baru.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.