ALOR GAJAH- Kementerian Belia dan Sukan bakal memperoleh peruntukan khas untuk program 'Road to Rio 2016' dalam usaha meraih pingat emas pertama Malaysia pada temasya Olimpik di Brazil.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata perkara itu dipersetujui pada mesyuarat Kabinet baru-baru ini, yang menggambarkan kesungguhan kerajaan untuk melihat Malaysia lebih cemerlang pada Sukan Olimpik akan datang.
Beliau berkata bajet RM20 juta untuk 'Road to Rio 2016' sebelum ini merupakan sebahagian peruntukan sedia ada kementerian tersebut itu bagi program menyeluruh pembangunan sukan di negara ini.
Justeru, katanya, melalui peruntukan khas itu, program pembangunan sukan tidak akan terjejas dengan kewujudan 'Road to Rio 2016'.
"Kita kena belajar bahawa ada kaitan soal peruntukan, kekuatan kewangan dalam menjamin kejayaan akan datang, jika kita lihat Greece yang menjadi negara pengasas Olimpik, apabila negara itu mengalami masalah ekonomi, mereka mendapat dua gangsa sahaja, jauh lebih teruk daripada kita," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ahmad Shabery berkata pihaknya akan menyediakan satu laporan terperinci selepas temasya Paralimpik di London ini untuk mengemukakan cadangan dan langkah bagi menjamin prestasi baik di Rio.
Dalam pada itu, beliau berkata Kabinet bersetuju membuka pemberian taraf penduduk tetap (PR) kepada jurulatih asing dan keluarga mereka.
"Kita tidak mahu mengambil model negara jiran yang memberikan hak kewargenegaraan (kepada atlet asing) untuk bertanding, ini langkah jangka pendek yang tidak beri kesan jangka panjang, tetapi kalau kita beri hak (PR) kepada jurulatih, mereka boleh melatih lebih ramai atlet sehingga generasi akan datang," katanya.
Sementara itu, Ahmad Shabery menyambut baik saranan penyerang kebangsaan Safee Sali supaya persatuan pemain bola sepak profesional diwujudkan bagi menjaga kebajikan dan memastikan hak pemain dibela, jika berdepan sebarang masalah.
Safee membuat saranan itu berikutan kemelut dua pemain Terengganu, Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi Asha'ri, yang didakwa membawa masuk wanita ke bilik hotel di Alor Setar, Selasa lepas.
Mengulas isu kedua-dua pemain, Ahmad Shabery berkata perkara itu perlu diselesaikan di peringkat Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu. -Bernama
Ahmad Shabery: Program 'Road to Rio 2016' bakal terima peruntukan khas
Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
- KJ 'patah hati' dengan FAM
- Baddrol kebanggaan Hijau Kuning
- Stadium Terengganu boleh anjur perlawanan malam
- Velodrom tertutup: KJ tegur Naim
- Hodak tak risau TRW tewas
- Tengku Abdullah: Tanya pihak pentadbiran FAM
- Revington tarik balik keputusan peletakan jawatan
- Sultan Ahmad Shah terkilan teguran KJ
- Tony Fernandes minat beli kelab bola sepak Indonesia
- Revington terus bimbing skuad hoki
- 'Wan Zack aset Ryukyu'
- Penyerang Terengganu, Manaf akhiri zaman bujang
- Seperti dijangka
- Hafizh buru podium di Albacete
- Tekad Poyeng benam Yob
- Nazirul diberi kepercayaan
- Nabil timba pengalaman di Lausitzring
- Kim Swee panggil tujuh pemain Liga Malaysia
- Harimau Muda A alami kekalahan kali ke-8
- Terbuka Indonesia: Chong Wei raih gelaran ke-5




