KEBANYAKAN ahli Parlimen hari ini mengambil peluang mengucapkan tahniah atas kejayaan pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei pada Kejohanan Badminton All England buat kali keempat malam tadi.

Mereka termasuk daripada pembangkang turut mengharapkan jaguh badminton negara itu memecahkan rekod kemenangan kali kelima pada tahun hadapan.

Datuk Seri Hasan Malek (BN-Kuala Pilah) antara ahli Parlimen terawal mengucapkan tahniah kepada Chong Wei.

Chong Wei sebelum ini memenangi Kejuaraan All England pada 2011, 2012 dan 2014.

Turut mengambil peluang mengucapkan tahniah ialah Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

"Bagi saya, pihak orang Jeli, Kelantan dan rakyat Malaysia mengucapkan tahiah atas kecemerlangan Datuk Lee Chong Wei di Kejohanan All England, tahniah kita ucapkan," kata beliau yng juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Lim Guang Eng (DAP-Bagan) turut berbangga dengan kejayaan Chong Wei menjadi pemain paling banyak menjuarai kejohanan All England dalam sejarah.

Pada pusingan akhir kejohanan itu, Chong Wei tidak berdepan masalah untuk menundukkan pemain muda dari China, Shi Yuqi dengan 21-12, 21-10 dalam masa 45 minit.

Bagaimanapun pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying tewas kepada pemain dari China Lu Khai-Huang Yaqiong dengan 21-18, 19-21 dan 16-21 dalam pertarungan sejam 26 minit. –Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • “KITA jangan risau pasal (usia) (Datuk Lee) Chong Wei, tapi kita kena risau dengan prestasi pemain lain.
  • JAGUH perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei dan beregu campuran negara, Tan Kian Meng/Lai Pei Jing layak ke saingan Siri Super Akhir 2017 selepas menghuni kelompok lapan terbaik dalam ranking Super Siri musim ini.
  • PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei atas kejayaan merangkul kejohanan siri super Terbuka Hong Kong di Hong Kong Coliseum hari ini.
  • JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengekalkan rentak kemenangan apabila mara ke final Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong bertemu Chen Long dari China esok.
  • JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei terpaksa berhempas pulas sebelum mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Hong Kong di Hong Kong Coliseum, malam tadi.