PERLAWANAN kelayakan Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Korea Utara akan diadakan pada 8 Jun ini, demikian diumumkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Windsor Paul, ketika mengumumkan tarikh baharu itu, berkata Korea Utara diberi tempoh sebulan bermula 13 Mac hingga 14 April ini untuk mencadangkan venue baharu perlawanan.

Sekiranya Korea Utara gagal mencadangkan venue baharu, katanya, AFC akan menentukan gelanggang baharu bagi pihak negara itu sebelum 8 Mei ini.

Pertemuan pembukaan Kumpulan B itu yang sepatut diadakan di Pyongyang pada 28 Mac ini ditangguh atas permohonan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mengadakan perlawanan itu di gelanggang berkecuali kerana faktor keselamatan.

Ini berikutan situasi tegang hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara selepas pembunuhan Kim Jong-Nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un di KLIA2 pada 13 Februari lepas.

Windsor berkata Korea Utara bukan sahaja perlu mencadangkan venue berkecuali tetapi juga harus memberi jaminan keselamatan dan visa khusus untuk pemain, media, pegawai dan peminat bola sepak.

Seandainya venue berkecuali dipilih untuk perlawanan pertama maka perlawanan timbal balik antara kedua-dua pasukan itu juga akan diadakan di venue berkecuali, katanya pada taklimat media di sini.

Katanya, tarikh baharu itu diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan AFC.

"Kami perlu mengadakan perlawanan mengikut jadual FIFA dan sekiranya tidak, pemain tidak akan mendapatkan pelepasan dari kelab masing-masing. Tarikh sebelum perlawanan kedua dijadual pada 13 Jun hanyalah pada 8 Jun," katanya. - Bernama

 

$content.code.value
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PERTAHANAN skuad kebangsaan, Shahrom Kalam tetap percaya mereka mampu melakar kemenangan ke atas Hong Kong dalam aksi kelayakan Kumpulan B Piala Asia 2019 di Stadium Hang Jebat, Melaka malam ini.
  • PENGENDALI Harimau Malaya, Nelo Vingada akui skuadnya masih dihantui masalah ketumpulan jentera serangan menjelang pertemuan dengan Hong Kong di Stadium Hang Jebat, Melaka malam ini.
  • PERLAWANAN Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2019 melibatkan Malaysia dan Korea Utara di Pyongyang pada 8 Jun ini, wajar diteruskan sepertimana arahan dikeluarkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada awal bulan ini.
  • KONFEDERASI Bola Sepak Asia (AFC) hari ini mengumumkan bahawa Malaysia akan menentang Korea Utara dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 di Pyongyang pada 8 Jun.
  • KERAJAAN Malaysia bertegas mahu perlawanan sulung kumpulan B Kelayakan Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Korea Utara diadakan di venue berkecuali pada 8 Jun ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.