KONFEDERASI Bola Sepak Asia (AFC) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Persatuan Penulis Sukan Asia (AIPS Asia), sebuah badan persatuan media sukan antarabangsa di ibu negara.

Kerjasama ini akan meningkatkan liputan media bola sepak seluruh benua dan menawarkan peluang latihan serta pembelajaran bagi wartawan bola sepak.

Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor John berkata, perkara ini cukup penting dalam melancarkan perjanjian perkongsian bagi kedua-dua pihak.

"Kami akan bersama dalam meningkatkan kualiti bola sepak di Asia. Ini kerana, visi AFC menjadikan bola sepak sukan nombor satu Asia dan  media memainkan peranan penting dalam objektif ini.

"Terima kasih AIPS Asia yang sokong dan menyebarkan mesej mengenainya. AFC juga akan memberikan bantuan pembangunan bola sepak dalam Member Associations.

"Kami akan lihat bagaimana AIPS Asia boleh melibatkan diri dan mungkin juga meneroka cara lain untuk kerjasama," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :