KALI keempat diberikan tanggungjawab selaku Kapten Perak, Mohamad Nasir Basharuddin berazam untuk mencuba sedaya upaya melaksanakan tanggungjawab bagi memimpin skuad The Bos Gaurus.

Biarpun mengakui ia agak berat, Mohamad Nasir yang pernah beraksi selaku kapten pada musim 2014, 2015 dan 2016 lalu yakin mampu menggalas tanggungjawab berkenaan.

Justeru menurutnya, rakan-rakan sepasukan diharapkan dapat memberikan kerjasama yang baik  membantu kejayaan pasukan musim ini.

“Sejak 2014, 2015, 2016 saya kapten pasukan. 2017 tugas kapten adalah tanggungjawab Shahrom Kalam.  

“Saya banyak belajar daripada dia terutamanya cara untuk manage (urus) pemain. Dengan izin ALLAH SWT, saya akan cuba yang terbaik untuk musim ini,” katanya.

Bagi musim ini, Perak mendapatkan khidmat pemain import dari Brazil, Wander Luiz Junior dan Misagh Medina Bahadoran (Filiphina)

Bagi mengulas sasaran Perak untuk mendapatkan satu piala musim ini Mohamad Nasir berkata, keyakinan itu ada berdasarkan dengan kehadiran pemain-pemain baharu musim ini.

Katanya, kehadiran kesemua pemain termasuk pemain import, diharap mampu memantapkan lagi  dan seterusnya memastikan misi untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu piala tercapai.

“Keyakinan kuat untuk dapat satu trofi  musim ini. Apa juga keputusan perlawanan persahabatan tak penting kerana jurulatih hanya nak tengok persefahaman antara pemain.

“Apa pun, semua pemain mesti tunjukkan peningkatan. Kepada pemain baharu, mungkin perlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan pasukan seperti Misagh dan Wander Luiz.

“Kita juga mengharapkan agar seorang lagi pemain import di posisi pertahanan juga dapat menyesuaikan diri kelak dalam usaha bagi membentuk persefahaman dengan pemain sedia ada,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JUARA Liga Super 2017, Johor Darul Ta’zim (JDT) meranapkan impian Perak untuk beraksi di final TM Piala Malaysia selepas membelasah pasukan itu 3-0 dalam separuh akhir kedua di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin malam ini.
  • TONGGAK tengah Perak, Mohd Hafiz Kamal mahu jentera The Bos Gaurus berjuang habis-habisan aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Larkin malam ini, lapor ZURAIMEE ZAINAL.
  • BEKAS pemain Perak, Khalid Jamlus mengakui berminat untuk menabur bakti dalam barisan kejurulatihan skuad The Bos Gaurus sekiranya mendapat tawaran daripada Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa).
  • KEDAH mara ke suku akhir Piala FA 2017 selepas berjaya mengenepikan cabaran Perak 2-0 pada aksi Northern Derby di Stadium Perak pada pusingan ketiga dalam satu pertembungan aksi bertempo tinggi malam ini.