PEMAIN tenis kerusi roda negara, Abu Samah Borhan yakin dapat memecah dominasi Thailand bagi kategori terbuka lelaki dalam Sukan Para Asean Kuala Lumpur 2017 (Para KL2017).

Katanya, rekod kemenangan ke atas Thailand dalam Kejohanan Dunia tahun lalu akan menjadi motivasi terbaik buatnya untuk menghadirkan rentak sama di Para KL2017 nanti.

“Sudah lama kami tidak beraksi, kali terakhir di Solo pada 2011. Ketika itu kami dapat pingat perak untuk acara berpasukan dan gangsa untuk individu.

“Suthi Klongrua dari Thailand pilihan pertama dan saya pilihan kedua. Jadi, peluang saya untuk saya bertemu pemain itu amat besar.

"Apa pun, saya akan buktikan kita sebagai tuan rumah mampu mencapai kejayaan,” katanya pada sidang media Program Kita Juara Para KL2017 di Hotel Seri Pacific, semalam.

Selain perseorangan, Abu Samah akan turut beraksi dalam acara beregu bersama seorang lagi pemain, Ariffahmi Zaquan Ariffin.

Abu Samah pernah memenangi pingat gangsa acara individu dan perak berpasukan di Para Solo 2011.

Mengulas lanjut, beliau bertekad memanfaatkan kelebihan beraksi di halaman sendiri kali ini mahu dimanfaatkan sepenuhnya atlet berusia 32 tahun itu.

“Saya memang sudah cukup bersedia untuk penampilan kali ini. Sudah tentu saya mahu menukar warna pingat kepada yang lebih baik dan ia pastinya emas," jelasnya lagi.

Kali terakhir Malaysia mengambil bahagian dalam tenis kerusi roda adalah di Sukan Para Asean Solo pada 2011 dengan pencapaian 1 emas, 1 perak dan 1 gangsa.

Tenis kerusi roda Para KL2017 dijadual berlangsung selama empat hari bermula dari 18 hingga 21 September dengan tiga pingat emas dipertandingkan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PEMAIN Paralimpik badminton negara sudah bersedia untuk menggenggam gelaran juara pada Kejohanan Badminton Para Dunia di Ulsan, Korea Selatan, yang membuka tirai esok hingga 26 November ini.
  • KEKECEWAAN gagal menyarung jersi skuad negara di Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Ogos lalu masih lagi membayangi pemain sepak takraw kebangsaan Ahmad Fadzil Mustafa.
  • SKUAD boling padang negara meneruskan rentak kecemerlangan di Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017) apabila muncul juara keseluruhan Kejohanan Boling Padang Asia ke-12, semalam.
  • SEORANG atlet negara yang memenangi pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) pada Ogos lalu dipercayai adalah antara tiga atlet yang gagal ujian doping.
  • ATLET olahraga Paralimpik negara, Faridul Masri membuktikan saiz fizikal yang kecil bukan penghalangnya untuk menghadiahkan pingat emas dalam acara melontar peluru F56 (kecacatan anggota kaki) di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.