DIANGGARKAN kira-kira 22,000 tiket perlawanan separuh akhir Piala Malaysia membabitkan pasukan Perak menentang Johor Darul Ta'zim, Ahad ini, terjual, hari ini.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Ahmad Shahrul Azhar Sofian berkata, hampir 80 peratus daripada 28,000 tiket yang disediakan untuk penyokong terjual pada hari pertama setakat ini.

Katanya, sambutan yang diberikan peminat amat menggalakkan jualan selebihnya akan diteruskan sehingga hari perlawanan.

"Alhamdulillah sambutan begitu hangat. Tiket-tiket yang dijual di beberapa lokasi di Perak juga habis. Jadi esok (hari ini) kita akan jual bakinya sehingga hari perlawanan jika ada," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Kaunter penjualan tiket perlawanan separuh akhir Piala Malaysia di antara Perak dan Johor Darul Ta'zim mula dibuka seawal jam 9 pagi hingga 5 petang di Stadium Perak serta beberapa lokasi di seluruh negeri.

Hari ini, lima lokasi terpilih bagi jualan tiket tersebut ialah Stadium Mini Slim River, Stadium Mini Teluk Intan, Stadium Mini Astaka Sitiawan, Stadium Mini Bagan Serai dan Kaunter Tiket Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar.

Difahamkan setiap lokasi di luar Ipoh diperuntukkan sebanyak 1,000 tiket dan jualan tiket di daerah akan diteruskan esok di Stadium Tun Ahmad Sarji, Tapah, Stadium Mini Parit, Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama, Taiping serta Stadium Mini Gerik.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PERSATUAN Bola Sepak Perak (Pafa) mengesahkan sedang dalam rundingan untuk mendapatkan khidmat pemain Indonesia, Terens Owang Puhiri bagi memantapkan lagi jentera serangan skuad The Bos Gaurus musim depan.
  • TIGA pemain import termasuk seorang dari Asia Tenggara telah dikenal pasti pihak pengurusan skuad Liga Super Perak bagi menyarung jersi skuad The Bos Gaurus itu musim depan.
  • PERAK memburu tiga pemain import baharu bagi melengkapkan kuota lima pemain import yang dibenarkan beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini dan sekali gus melengkapkan senarai 25 pemain bagi skuad The Bos Gaurus itu.
  • PERSATUAN Bola Sepak Perak (Pafa), tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dengan berita yang mengatakan bekas pemain import Selangor, Ardik Vermansyah bakal menyarung jersi skuad The Bos Gaurus itu musim depan.
  • PERSATUAN Bola Sepak Perak (Pafa) berpuas hati dengan prestasi ditampilkan pemain Perak walaupun tewas 0-3 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia 2017 di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.