Takraw
$entry.content.caption.value

KOTA BHARU – Seramai 40 pemain dari 20 regu terdiri daripada kakitangan Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Kota Bharu mengambil bahagian dalam Kejohanan Badminton kolej berkenaan, baru-baru ini. 

Penyertaan menggalakkan itu sekali gus memeriahkan penganjuran kali kedua kejohanan tersebut. 
 
Menurut Pengarah Program itu, Mahathir Muhamad berkata, penyertaan yang diterima pihaknya lebih banyak berbanding pada penganjuran tahun lalu. 
 
“Acara dibahagikan kepada dua kategori iaitu Liga Super dan Liga Perdana. Kedua-duanya mendapat sambutan yang baik mengikut pilihan regu masing-masing. 
 
“Sehubungan itu, kami bercadang untuk menjadikan acara ini sebagai program tahunan yang boleh mengeratkan silaturahim antara kakitangan di sini,” katanya ketika ditemui di Dewan Badminton, Lundang di sini, baru-baru ini. 
 
Hadir sama menyempurnakan penyampaian hadiah, Timbalan Pengarah Perkhidmatan Kampus Kejururawatan, KPTM Kota Bharu, Mohd Zaki Ibrahim. 
 
Mengulas perlawanan kategori Liga Super itu, pasangan Mohd Zaki Ibrahim/Asmadi Awang terdahulu menewaskan pasangan Mahathir Muhamad/Suhaimi Safi dengan 30-25 mata di peringkat separuh akhir.
 
Manakala Faiz/Luqman menewaskan Zawawi/Nik Khairi dengan 30-28 mata, membolehkan mereka mengorak langkah ke peringkat akhir bertemu, Mohd Zaki Ibrahim/Asmadi Awang sebelum diketepikan dengan perbezaan dua mata, 30-28. 
 
Dalam pada itu, johan kategori Liga Perdana disandang, regu Helmi Adhlan/Nik Mohd Ridzuan yang menewaskan pasangan Zamri Awan Hamat/Azmi dengan mata 30-27 pada perlawanan akhir. 
 
Pasangan Helmi Adhlan/Nik Mohd Ridzuan terlebih dulu menewaskan Wan Hereezuan/Ashraf dengan mata 30-27, sementara Zamri Awan Hamat/Azmi menewaskan Mustapha/Zulkarnaiem dengan mata 30-25.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.