Sempena dengan cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota Motor) menawarkan pakej servis percuma untuk 10,000 kilometer atau enam bulan pertama bagi setiap pelanggannya yang membeli kereta hibrid kompak Toyota Prius c, bermula 6 Ogos sehingga 17 Ogos ini.
Pakej dengan nilai tambahan itu ditawarkan kepada pelanggan yang memilih Prius c sebagai kereta hibrid dengan teknologi terkini dalam usaha mereka memelihara alam sekitar.
UMW Toyota Motor turut mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan mereka yang selama ini memberikan sokongan dan kepercayaan berterusan terhadap teknologi ‘Toyota Intelligent Hybrid Synergy Drive’ yang boleh didapati pada model Prius c.
UMW Toyota Motor akan meneruskan usahanya mempromosikan Komuniti Toyota Hibrid di Malaysia dan akan terus mendidik pengguna mengenai manfaat dan kelebihan teknologi ‘Toyota Hybrid Synergy Drive’.
| Stailo |
Tawaran istimewa raya Prius C
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



