Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Bila agaknya PRU13?
SAIFUDDIN: Kami agak Jun, tetapi anak Najib akan konvokesyen Jun dan beliau bercuti. Pada 8 Mei beliau lancar durian runtuh kepada warga Felda, Hari Gawai digunakan untuk mendapat sokongan penduduk Sabah dan Sarawak. Itu program besar menggembleng sokongan. Saya tidak risau.
Apakah perkara menyebabkan Datuk risau itu?
SAIFUDDIN: Umno tidak akan menyerah kalah. Kami bimbang wujud kumpulan pelampau disokong dan diasuh serta dipupuk. Orang sudah lama berkuasa di atas, tidak ada pengalaman. Soalan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam Parlimen, Muhyiddin serah di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang. Jadi apa ditimbulkan serah Kerajaan Pusat, kalah total. Mereka tidak ada pengalaman itu.
Setiap kemunculan kumpulan ini serangan terbuka mahasiswa berkumpul program politik, tangkap tapi tidak didakwa. Mereka bimbang sehingga menangguhkan pilihan raya kampus berlaku Januari.
Satu sekretariat bawah Perdana Menteri ditubuhkan dan terdapat Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar.
Biro Tata Negara dan Bukit Aman ada anggota cawangan khas duduk dalam komuniti sasaran menang semua kampus institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Calon pro aspirasi, bantuan kewangan dan logistik. Kini menteri jaga setiap kampus. Laporan terperinci isu kampus, wifi, kualiti makanan dan isu bas, akhirnya kesimpulan ditangguhkan. Jika kampus kalah majoritinya mahasiswa dibimbangi pengundi muda tolak BN.
Bagaimana PRU13, adakah akan menyertai, terutama Selangor?
SAIFUDDIN: PKR membuat pendirian jika PRU13 diadakan tahun lalu, kami tidak akan sertai. Kami buat berasingan. Jika diadakan 2012, kami berbincang kedudukan waktu itu ialah kami cenderung buat sekali sehinggalah kami berbincang pertambahan pengundi luar biasa di Selangor. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyatakan SPR agresif mempromosikannya. Ia tidak begitu. Saya tahu Tan Sri Aziz cawangan mana, nombor ahli Umno. Sama juga Timbalannya, Wan Ahmad Wan Omar, cawangan mana, nombor ahli Umno. Barangkali, satu-satunya SPR di dunia ketua dan timbalannya rasmi jadi ahli politik bertanding.
Apa mereka perlu lakukan?
SAIFUDDIN: Mereka lepaskan sahaja jangan ada sekelumit prejudis dan prasangka bahawa SPR ini berpihak mana-mana parti politik. Sekarang, kedua-dua mereka rasmi menjadi ahli Umno, cawangan, nombor ahli sudah bertahun. Hati kecil dapat bersuara, dalam menguruskan SPR, pihak berkepentingan adalah rakyat.
Demi memastikan mereka bebas, keluar Umno, tulis surat kepada Setiausaha Agung Umno, mohon keluar parti Umno. Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia meletakkan jawatannya sebagai Ketua Umno Bahagian Kota Marudu. Beliau memaklumkan kepada saya beliau menulis surat dan tidak memegang jawatan, tetapi sebagai ahli sahaja. Ini bukan jawatan politik, Agong yang lantik. Tan Sri Aziz dan Wan Ahmad masih ahli Umno sah. Saya minta mereka nafikannya, jangan sampai hingga saya keluarkan nama cawangan dan nombor ahli Umno.
Perkara ini menyumbangkan kepada ketidakpercayaan PKR kepada SPR?
SAIFUDDIN: Ini membawa ketidakpercayaan kepada SPR. Daftar pemilih, tuntutan kami yang fundamental. PR ada dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC). Ia wujud kerana Bersih 2.0 menuntut lapan perkara. Tuntutan dibuat, parti politik bertanggungjawab turut serta PSC yang membawa suara rakyat reformasi mengenai pilihan raya.
Enam bulan kami bersama, dua laporan dibuat. Bila laporan akhir, 22 perkara masuk atau tidak fundamental kami. Pertama mengenai undi pos, laporan PSC berjaya. Ini satu bukti bagaimana PR berhujah secara rasional masuk dalam laporan akhir. Undi awal kepada tentera dan polis kecuali petugas di kawasan strategik negara dan penggunaan dakwat kekal. Ada tidak masuk iaitu kebebasan media. SPR tidak ada kuasa ke atas Radio Televisyen Malaysia (RTM). Bila pilihan raya, ada undang-undang tertinggi iaitu mesti ada Akta Pilihan Raya dalam tempoh Parlimen dibubarkan sehingga hari pengundian. Ini tidak dapat, penjaga kerajaan ia penting. Pernah berlaku Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj bercuti sebulan. Kenapa sekarang tak buat?
Negara lain berubah seperti India, Thailand dan Singapura.
Penggunaan jentera rakyat, petugas adalah kesalahan. Saya cabar Tan Sri Aziz dan Wan Omar keluar Umno, mereka kena keluar parti isytihar bukti tak terikat mana-mana parti.
Ada cadangan lain?
SAIFUDDIN: Kami anggap hambatan tapi dari segi politik, apa pilihan yang ada. Boikot memberi kesan mudarat kepada rakyat. Kami tidak ada pilihan, menyertai limitasi.
Boikot pilihan raya akan datang, lima tahun akan datang, BN berkuasa, turut serta banyak hambatan dan limitasi. PR minta diadakan pendaftaran pemilih baru membersihkan daftar pemilih. Ia tidak ada. SPR mengaku 42,000 undi ragu ada dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Taklimat SPR kepada ahli parlimen mereka tidak ada rekod sebab tidak berinteraksi lama dengan JPN.
Apa tindakan PR?
SAIFUDDIN: Kami bermesyuarat dan mewakilkan tiga orang diarah mencadangkan kepada PSC padamkan nama 42,000 itu. SPR kata mereka tidak ada kuasa, tetapi merujuk peraturan daftar pemilih, Perkara 5 tajuk pelbagai, klausa menjelaskan, Ketua Pendaftar SPR boleh membuang daftar nama daftar pemilih induk atau tambahan atas apa- apa sebab.
Kuasa itu ada pada beliau, tetapi beliau tidak mahu buang. SPR daftar 240,000 sukarelawan bertugas untuk mengundi dan mereka mengundi pos. Kami menentang undi pos, kami mahu undi awal. Tunjukkan 240,000 melebihi jumlah semua pengundi pos dalam daftar pemilih.
Adakah keadaan ini menyebabkan PKR takut?
SAIFUDDIN: Kita tidak takut pilihan raya umum. Fakta menceritakan segala-galanya. Selangor tidak turut serta dalam pilihan raya. Selangor tidak mahu buat sekali. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak akan menghadap Sultan Selangor, bagaimana Selangor akan bubar.
Adakah PR Selangor akan menunggu sehingga tarikh mandat terakhir?
SAIFUDDIN: Sehingga kini, keputusan kami meminta Kerajaan Selangor tidak turut serta, kami tidak ada jangkaan tepat. Mungkin tidak bersama.
Adakah BN dapat Selangor semula?
SAIFUDDIN: Saya optimis mereka tak dapat Selangor. Tidak disediakan manipulasi SPR. Saya tidak yakin BN menang di Selangor.
Keseluruhannya, setakat suku pertama, dijumlahkan pemilih baru sejak Mac 2008 500,000 orang. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kata keadaan itu seperti di Terengganu pada 2004.
Adakah kerusi diwakili calon lompat parti seperti di Nibong Tebal dan Kulim ubah tangan pilihan raya akan datang?
SAIFUDDIN: Rukun dalam perundingan parti, kawasan dimenangi parti maka kekal pada parti itu. Atas nama parti bukan faktor calon itu sendiri. Pekeliling bersama ditandatangani Mustafa, Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke dan saya.
Walaupun pilihan raya umum tidak tahu bila, adakah kerusi dimuktamadkan?
SAIFUDDIN: Kami sepatutnya tamat sudah lama, tetapi pengalaman lalu, 11 jam sebelum penamaan calon, kita bincangkan lagi iaitu pada 2008. Bagaimanapun, terdapat beberapa kawasan diwakili PR. Pada 1999 dan 2004, di Parit Buntar, berlaku pertandingan tiga penjuru iaitu Pas, PKR dan BN. Sewaktu penamaan calon, Pas tarik diri. BN menang majoriti kecil daripada jumlah undi rosak. Perkara sama juga berlaku pada 2008 di Kota Kinabalu DAP menang majoriti 100 undi, diikuti PKR dan BN. Jika PR menang majoriti kecil, hujah SPR 0.3 peratus itu tidak boleh diterima. Sejarah undi ditentu dua undi. Sikap SPR tak betul sepatutnya kita bersihkan.
Bagaimana bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam masa terdekat memberikan komen?
SAIFUDDIN: Sejak 1998, kenyataan Tun Mahathir keluar setiap hari. Isu negara diulas hingga menyatakan ini masa pilihan raya. Beliau masih watak signifikan dan relevan dalam politik. BN guna Mahathir, kenang semula kebencian rakyat kepadanya.
Kalau fikir ini strategi, ini salah.
Bagaimana pula ramalan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin baru-baru ini?
SAIFUDDIN: Pada kami, bila ramalan beliau pada 2008 tepat. Selangor kalah. Kini beliau menyatakan Umno boleh menang dengan syarat letak calon muda, tuntutan perubahan. Ini menunjukkan kemenangan tidak pasti. Tun Mahathir juga melihat apa berubah dan mengeluarkan kenyataan Ketua Wanita Umno, Datuk seri Shahrizat Abdul Jalil disuruh letak jawatan.
Melalui sumber Umno, penyelesaian dilakukan tiga perkara, iaitu meletakkan jawatan sebagai menteri, tidak lagi calon dalam PRU13 dan polis serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas menyiasat. Kalau ada bukti, dakwa sahaja. Tetapi pilihan diberi iaitu Shahrizat letak jawatan menteri sahaja untuk reda kemarahan rakyat.
Adakah wujud kuota untuk golongan muda?
SAIFUDDIN: Kuota calon sudah disebut. Kami kategorikan calon pemuda 40 peratus melibatkan 17 orang di Dun dan Parlimen.
Bagaimana pendaftaran PR di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS)?
SAIFUDDIN: Diam sahaja. Kita cuba daftar, tetapi tidak boleh. Kita lihat parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), Zaid Ibrahim cepat lulus. Kita hantar Kamaruddin Jaafar, pegawai ROS, namanya Jasmen, menyatakan permohonan sudah ada, tidak perlu buat lagi dan hantar semula. Kita buat semula, tetapi ditolak. Sepatutnya mereka tanya pegawai bertugas.
Adakah Kita anggotai PR?
SAIFUDDIN: Kita tidak ada permohonan. Tidak diberi laluan di Kota Bharu ia kerusi Pas. Dipersetujui Pas bertanding di kerusi itu. Saya tidak fikir ahli PR menerima satu watak lain. Kita akan merujuk PR semula.




