|
SINAR ISLAM
SINAR ISLAM
SINAR FB Live Resolusi Keluarga 1440H Siri 2 bertajuk “Ayah tidak bisu lagi” mengajak golongan ayah untuk selalu berkomunikasi dengan anak dalam membentuk jati diri Muslim yang cemerlang di dunia dan akhirat.
  • Kerja dakwah tidak akan berhenti. Ia warisan para rasul. Bermula dari Adam AS hinggalah rasul terakhir, Muhammad SAW. Seterusnya disambung oleh generasi sahabat dan generasi berikutnya hingga ke hari ini.
  • Apakah Pandangan Syariat berkaitan sambutan Maulidur Rasul?
  • Masyarakat hari ini ramai yang bijak memanfaatkan teknologi. Ada yang berjaya mengambil peluang kemudahan yang ada untuk menjana pendapatan sampingan. Medium seperti media sosial dan aplikasi tertentu dapat membantu penggunanya memasarkan produk dan servis yang ditawarkan.
  • Bagaimana Baitulmal Mewarisi Harta Pusaka Si Mati?
  • SOALAN: Boleh ke cucu yang kematian ibu bapa sebelum kematian datuk atau neneknya menerima harta pusaka?
  • LELAKI bergelar ayah ibarat nakhoda dalam keluarga. Jika betul cara membimbing keluarga untuk masuk syurga, dia adalah ayah yang berjaya. Namun bagi ayah yang gagal ibarat ketam mengajar anaknya berjalan.
  • SEKIRANYA ditugaskan atau ingin menuju ke suatu destinasi yang belum pernah dijejaki, sudah tentu kita akan mencari maklumat tentangnya terlebih dahulu. Biasanya sebelum memulakan perjalanan, pelbagai persiapan akan dibuat. Antaranya berkenaan jalan, keperluan yang perlu dibawa, apa yang ada di tempat baru, dan juga kebarangkalian risiko atau halangan-halangan yang mungkin akan dilalui sepanjang perjalanan. Setelah maklumat dan persediaan tersebut dilakukan, barulah kita berasa yakin untuk memulakan perjalanan.
  • Dalam Islam, hak merupakan istilah yang berasal dari kalimah Arab iaitu haqq, yang bermaksud, kebenaran. Al-Haqq pula merupakan salah satu dari 99 nama ALLAH dalam al-Quran yang bermaksud Yang Maha Benar, Yang Sempurna.
  • SOALAN: Kenapa waris perlu mendapatkan perintah faraid? Saya seorang perempuan yang sedang melanjutkan pelajaran di IPT. Bapa saya meninggal dunia kira-kira sebulan yang lalu kerana sakit kanser yang dialami. Arwah bapa meninggalkan saya, ibu tiri dan anak-anaknya yang masih kecil (perempuan, 7 tahun dan lelaki, 3 bulan). Ibu kandung saya telah meninggal dunia semasa saya berumur 12 tahun. Arwah bapa saya pula telah berkahwin dengan ibu tiri sejak 8 tahun yang lepas. Tetapi bapa saudara saya (abang arwah bapa) sejak dua minggu yang lalu mendesak saya menyerahkan akaun simpanan dan geran-geran tanah kerana dia menyatakan dia berhak ke atas harta arwah bapa saya. Ibu tiri mencadangkan saya supaya merujuk kepada pihak yang boleh membantu. Bagaimana saya perlu lakukan sekarang? Adakah bapa saudara saya berhak ke atas harta pusaka arwah bapa saya?
  • Ada banyak sebab yang menjadikan seseorang berasa bangga. Ada yang bangga dengan kejayaan diri sendiri. Ada yang berbangga dengan kejayaan orang lain. Suami bangga dengan pencapaian isteri. Isteri bangga dengan kehebatan suami. Ibu bapa bangga dengan potensi anak-anak. Ketua bangga dengan prestasi orang-orang di bawahnya. Kerajaan bangga dengan sokongan rakyatnya. Begitulah pelbagai sebab yang membuatkan seseorang berasa bangga.
  • APAKAH yang dimaksudkan dengan Hakam? Perkataan Hakam telah disebut secara umum dalam Al-Quran, Surah an-Nisa’, melalui ayat 58 yang bermaksud “Sesungguhnya ALLAH menyuruh kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada ahlinya, dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, supaya kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya, ALLAH memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya ALLAH sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.”.
  • “Jangan jadi suami dayus, membiarkan isteri keluar bekerja, bercampur antara lelaki dan perempuan.”
  • Satu kisah yang berlaku dalam masyarakat iaitu tentang seorang penarik beca yang luar biasa. Setiap hari Jumaat dia tidak mengenakan sebarang tambang ke atas sesiapa yang menaiki becanya. Suatu hari seorang wanita yang kaya menaiki becanya. Setelah sampai di destinasi yang dituju, penenarik beca ini menolak bayaran wanita tersebut dan memberitahunya sesiapa yang menaiki becanya pada hari Jumaat dia tidak mengenakan sebarang tambang.
  • Usia semakin bertambah tapi masih buta atau rabun al-Quran. Alasannya, malu atau tak mahu belajar al-Quran? Adakah saya terlalu sibuk sehingga tidak berpeluang untuk mendekati al-Quran? Bagaimana saya hendak bersahabat dengan al-Quran? Walaupun belajar, kenapa masih tak pandai? Inilah antara persoalan untuk bermuhasabah diri.
  • Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai sekalian manusia! Telah datang kepada kamu kebenaran (al-Quran) daripada Tuhan kamu. Oleh itu, sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk (beriman kepada-Nya), maka hidayah itu berguna untuk dirinya sendiri. Sesiapa yang sesat (mengingkarinya) maka bahaya kesesatannya itu mencelakakan dirinya sendiri. Aku pula bukanlah menjadi penjaga terhadap (amalan) kamu.” Firman ALLAH SWT di dalam Surah Yunus 10: 108
  • Apa yang dikatakan sebagai harta sepencarian?
  • Jika ditanya, pilih syurga atau neraka? Semua orang pasti hendak ke syurga. Tetapi adakah gaya hidup kita sekarang seperti ahli syurga? Apakah kita ingin mahu seorang diri masuk syurga? Tentu kita mahukan orang tersayang turut masuk ke syurga.
  • Suatu hari seorang kaya menaiki kereta mewahnya, melewati kawasan sawah padi yang sedang menghijau. Dia terpandang sebuah pondok kecil di tengah sawah. Ada seorang petani sedang menunggu isterinya menghidangkan makanan untuknya. Setelah penat bekerja di bawah terik mentari. Lantas berkata si kaya “Alangkah bahagianya si petani. Tenang dikelilingi pemandangan sawah yang cantik. Di kala letih dan lapar pula, ada isteri dan keluarga di sisi makan bersama-sama. Bahagianya menjadi seperti petani itu.”
  • Ujian bencana, berlapiklah bila berkata-kata.
  • SOALAN: Bagaimana membuat permohonan pembahagian harta pusaka si mati?
  • SETIAP KALI saya bertanya kepada abang kandung, “Abang bila nak uruskan harta pusaka arwah ayah tu, dah banyak kali saya beritahu abang.” Abang hanya menjawab, “Aku tak tahu macam mana caranya”.
  • Ibu bapa yang berkerjaya hari ini sangat mempunyai cabaran besar dalam mendidik anak-anak. Apa tidaknya, suami isteri keluar rumah ke pejabat awal pagi, dan pulang dari pejabat apabila matahari mula terbenam.
  • SEMUA orang pasti akan melalui saat-saat sukar, diuji dengan pelbagai ujian atau musibah.
  • Apakah yang dimaksudkan dengan al-riqab?
  • DARIPADA Abu Hurairah RA, Nabi Muhammad SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang Mukmin, pasti ALLAH akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang memudahkan urusan orang lain, pasti ALLAH akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat...
  • SEORANG ayah berkata kepada anaknya: “Ayah berikan kepada kamu tanah ini, kamu ambillah. Kamu binalah rumah di atasnya.” Jawab anak: “Saya terima ayah, saya sayang ayah”. Begitulah contohnya apabila seorang ayah yang sayangkan anak memberikan harta untuk dimiliki oleh anaknya. Kaedah ini adalah hibah...
  • SYARIKAT pengurusan pakej umrah dan haji, Tiram Travel Sdn Bhd bersedia meningkatkan kualiti dan mutu dalam setiap perkhidmatan yang ditawarkan. Meskipun sudah 36 tahun menjadi salah satu pemain dalam industri berkenaan, syarikat di bawah Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp) itu nyata tidak mempunyai halangan untuk menerima cadangan penambah baikan dan pembaharuan dari semasa ke semasa.
  • LAPORAN terbaharu media, seorang pengetua sebuah sekolah tahfiz di Kepong, Kuala Lumpur ditahan polis kerana dipercayai telah meliwat sembilan pelajarnya yang berumur antara 11 hingga 16 tahun. Kes begini bukanlah baharu di negara ini, malah sebelum ini kes sedemikian sering kali menjadi tajuk utama akhbar-akhbar.
  • PERJALANAN ibadah bagi jemaah haji tanah air telah melabuhkan tirainya akhir Ogos lalu. Berdasarkan rekod, seramai 30,200 jemaah Malaysia terpilih daripada 2,371,675 tetamu seantero dunia bagi menunaikan Rukun Islam kelima pada tahun ini. Pastinya ibadah kali ini menyimpan pelbagai kenangan yang tersendiri.
  • HATI merupakan satu perkara unik dan ajaib yang dimiliki manusia. Hati bukan semata-mata organ yang ada di dalam tubuh manusia, akan tetapi hakikat hati itu adalah tempat lahirnya perasaan, keyakinan, dan segala sifat terpuji mahupun sebaliknya.
  • SATU hari ketika kami adik-beradik pulang ke kampung, arwah ayah menyatakan: “Sekarang ni ayah rasa macam kurang sihatlah. Sebelum jadi apa-apa, ayah nak wasiatkan rumah yang kita duduki ini kepada kamu along (anak sulung), kebun kelapa di Kuala Selangor kepada kamu kakak (anak kedua) dan kereta Perodua Kancil...
  • HUKUMAN sebat terdapat dalam syariat Islam dan ia juga merupakan sebahagian daripada hukum yang diturunkan oleh ALLAH SWT. Hukuman ini bukanlah semata-mata untuk menghukum, menyakiti atau mencederakan seseorang tetapi tujuannya adalah untuk memberikan pengajaran...
  • ISU sebatan menjadi polemik dan perbincangan masyarakat seluruhnya. Setiap daripadanya mempunyai pandangan berbeza. Ada yang berkata begitu dan ada yang berkata begini.
  • “PALING banyak rahmat dan kasih ALLAH SWT yang saya rasa adalah ketika saya kemalangan. Saya berasa sangat tersentuh dengan rahmat ALLAH yang seolah-olah menghidupkan saya kembali.”
  • GERBANG perkahwinan menuju kebahagiaan dan meraih keberkatan. Itulah harapan setiap pasangan dalam meniti kehidupan berumah tangga. Mereka mendambakan keluarga dan keturunannya yang dibina mampu menjadi jambatan ke syurga.
  • SAAT kita sibuk dengan tugasan di pejabat, bermesyuarat, membentangkan pelan strategik bagi memastikan keuntungan syarikat dapat ditingkatkan. Mendaki tangga kerjaya sehingga dapat mengecapi pendapatan yang besar dan bonus yang lumayan. Wang simpanan semakin bertambah, rumah semakin besar, kenderaan silih berganti.
  • APABILA berlaku kematian, pembahagian dan pengurusan harta pusaka adalah satu perkara yang mesti dilaksanakan mengikut kaedah dan prosedur tertentu yang telah ditetapkan oleh hukum syarak dan undang-undang.
  • SEBENARNYA banyak harta pusaka yang belum diagihkan sungguhpun pemilik harta telah meninggal dunia bertahun-tahun lamanya. Sebagai contoh: “Saya merupakan salah seorang anak perempuan dan anak bongsu daripada lima beradik. Ibu bapa saya telah meninggal dunia lebih 10 tahun yang lalu..."
  • KUALA LUMPUR - Sesetengah pihak menganggap Nabi Muhammad SAW berhijrah dalam bulan Muharam adalah andaian yang tidak tepat.
  • SHAH ALAM - Umat Islam disaran berfikir dan menilai diri sendiri untuk memberi manafaat kepada kehidupannya serta orang lain.
  • SHAH ALAM - Tabung Haji (TH) dan Malaysia Airlines (MAS) dilihat begitu efisien dan sentiasa berusaha meningkatkan perkhidmatannya dalam setiap sudut.
  • Masyarakat Islam di negara ini masih kurang didedahkan dengan ilmu perancangan harta pusaka. Tidak kurang juga ramai yang beranggapan bahawa perancangan harta kurang penting kerana nanti ianya akan diselesaikan melalui kaedah faraid.
  • Hampir semua orang yang mempunyai lebihan wang untuk melabur pastinya menyukai pelaburan yang rendah risiko dan tinggi pula pulangan, namun itu di luar norma kebiasaan dan sifat sesebuah pelaburan menurut perspektif Islam.
  • Imam al-Shafie (m.204 Hijrah) pernah berkata, “Jika kamu melihat seseorang boleh terbang di udara, dan boleh berjalan di atas air, jangan kamu tertipu dengannya sehingga kamu mengukur peribadi dan amalannya dengan pertimbangan neraca al-Quran dan al-Sunnah.”
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf