SEHINGGA Mei tahun ini, sejumlah 133,700 pelarian dari Myanmar telah didaftar oleh United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) di Malaysia. Jumlah tersebut menunjukkan terlalu banyak berita mengenai penganiayaan terhadap kaum Rohingya.

Pembersihan etnik oleh pihak tentera Myanmar telah mengakibatkan ramai dari kalangan etnik Rohingya yang dirogol dan dibakar hidup-hidup. Ribuan yang terbunuh.

Yang masih bernyawa menjadi pelarian di hutan ataupun merentas lautan untuk mencari perlindungan di negara-negara berhampiran termasuk di Malaysia.

Sinar Harian berasa semua pihak yang prihatin dengan masalah etnik Rohingya perlu bergerak untuk membantu kaum yang malang ini. Sinar Harian dengan ini mempelawa NGO-NGO dan juga badan-badan korporat untuk bergabung tenaga di dalam wadah SINAR4ROHINGYA – Solidariti Untuk Kemanusiaan.

Kita perlu bertindak sebagai sebuah kumpulan untuk membangkitkan kesedaran umum melalui pelbagai saluran untuk menamatkan kezaliman ini. Kita perlu memberitahu kerajaan Myanmar bahawa kita marah dengan apa yang mereka lakukan terhadap rakyat mereka sendiri.

DATUK MUHAMAD NOOR YACOB
PENGERUSI SINAR4ROHINGYA

OBJEKTIF

  • Mengembangkan usaha pengumpulan sumbangan dari pelbagai pihak
  • Bersolidariti bersama-sama 106 NGO untuk menghulurkan bantuan kepada Rohingya (melalui aktiviti fund-raising)
  • Berkongsi pendirian dengan pihak-pihak NGO bagi menangani isu Rohingya dari sudut keperluan mendesak dari segi fizikal, emosi, spiritual dan intelek
  • Meningkatkan kesedaran umum terhadap isu kemanusiaan secara khususnya isu Rohingya
  • Meningkatkan keberkesanan dalam segala tindakan
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf