SYARIKAT perisian sebagai perkhidmatan (SaaS) Silent Mode Sdn Bhd melancarkan Slurp, iaitu sebuah sistem terminal jualan (POS) berasaskan pengkomputeran awan untuk perniagaan makanan dan minuman (F&B).

Ketua Pegawai Operasi Silent Mode Zara Aida Razali berkata, kaji selidik pasaran perniagaan di Malaysia yang dilakukan syarikat itu mendapati ramai peniaga berkongsi masalah yang sama seperti sistem pesanan yang kurang berkesan dan juga mempunyai sumber maklumat yang berbeza.

"Dengan Slurp, teknologi yang kami bangunkan menyelesaikan masalah ini secara sistematik dengan mendigitalkan sistem pesanan terus dari meja pelanggan dan memastikan semua maklumat disimpan dalam sistem utama. Semuanya sentiasa dikemas kini di portal storan awan,” katanya.

Ia bertujuan memperbaiki keberkesanan perkhidmatan peniaga dengan memudahkan sistem pesanan dan capaian terhadap maklumat dan data jual beli yang memainkan peranan penting dalam pengurusan perniagaan.

Dalam fasa awal pengkomersilan di Malaysia, Slurp boleh didapati untuk perniagaan F&B kecil atau sederhana.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.