PERAYAAN Aidilfitri sinonim dengan juadah enak, pertemuan antara keluarga dan sahabat karib, serta suasana meriah. Rumah yang dihiasi dengan sempurna akan memeriahkan lagi suasana perayaan serta memberikan anda peluang untuk merakam detik yang paling sempurna untuk dikongsi dengan setiap kenalan.

Berikut adalah tiga tip yang cepat dan mudah untuk membantu menjadikan rumah anda mesra insta buat Aidilfitri ini.

1. Serlahkanlah keenakan air tangan anda dengan susunan flat lay

Selepas berjam-jam di dapur, akhirnya tiba masa untuk mempersembahkan air tangan anda kepada keluarga dan tetamu. Selepas menyusun aturkan makanan pada meja, gunakanlah kaedah fotografi flat lay untuk menangkap memori ini untuk dikongsi bersama mereka yang tidak dapat hadir. Tunjukkan kepada mereka apa yang telah mereka ketinggalan – juadah raya seperti rendang, lontong dan ketupat yang anda sediakan.

Serlahkanlah keunggulan fotografi dengan menggunakan kain dan selendang meja berwarna terang bagi menghasilkan foto yang menakjubkan. Satu lagi tip adalah mencipta dalam foto dengan lapisan pinggan-pinggan yang berbeza rona warna dan saiz untuk mendapatkan kesan yang diinginkan.

Untuk pengalaman makan malam yang lain, boleh menggunakan landas cincang sebagai pinggan. Anda boleh menggunakannya untuk menyajikan kuih-muih seperti mana cara persembahan makanan di kafe. Bagi mewujudkan hiasan yang anggun, kutleri perak yang berhiasan boleh digunakan untuk menjadikan juadah nampak lebih membangkitkan selera!

Juadah yang enak harus dipadankan dengan set makan malam yang sofistikated bagi menyerlahkan rasa enaknya. Oleh itu, susunkan kuih raya yang berwarna-warni pada bekas hidangan Foradla tiga tingkat bagi menangkap foto gaya flat lay yang cantik. Selain itu, meja Bjursta boleh dipanjangkan untuk memuat lebih banyak makanan (atau hiasan meja).

Sebagai kemasan akhir, terapkan tumbuh-tumbuhan tiruan berpasu Fejka dan lilin Blomdoft bagi mempercantik lagi meja makan anda. Ambillah foto-foto gaya flat lay yang paling hebat, sebelum semua juadah anda hilang dalam sekelip mata!

2. Hasilkan titik fokus dalam ruang tamu

Ruang tamu sememangnya bilik yang paling mesra semasa Aidilfitri. Oleh sebab ramai ahli keluarga dan rakan karib akan berkumpul di ruang ini, ia pastinya akan menjadi latar belakang bagi banyak foto yang diambil. Sebagai permulaan, anda boleh menghasilkan latar belakang yang mesra foto melalui penggunaan warna terang serta pelbagai bentuk dan jalur yang tajam.

Dalam foto di atas, katil sofa & meja sisi Flottebo dijadikan titik fokus disebabkan warnanya yang terang serta jalurnya yang cantik.  Apabila dipadankan dengan dinding berwarna cerah, ia akan mewujudkan kontras menarik yang mampu menarik perhatian.

Akhirnya, penerapan corak menarik melalui hiasan lembut seperti sofa dan langsir dapat memberikan gaya kepada rekaan peribadi anda! Contohnya, anda boleh memadankan sofa atau kerusi berwarna tunggal dengan sofa Nedja bagi menghasilkan kontras warna yang mampu menyerikan lagi suasana. Kusten juga dapat berfungsi sebagai asas di lantai untuk mencipta kesan layering dan menjamin keselesaan semua tetamu.    

3. Gunakan lapisan pelbagai tekstur untuk mencipta kesan kedalaman

Penggabungan pelbagai tekstur dan bahan merupakan satu lagi cara mudah untuk memberikan lapisan kepada rekaan dalaman. Pemilihan trend terkini yang berdasarkan tekstur industri dan artisan pasti akan menjadikan kecantikan rumah anda buah mulut dalam kalangan kawan anda.

Barangan kayu dengan kemasan semula jadi, rotan serta tumbuh-tumbuhan semula jadi juga dapat menghasilkan rona warna yang mampu melembutkan suasana rumah anda, sekali gus memberikan daya tarikan kepadanya.

Bagi menghasilkan kesan layering, mulai dengan permaidani Tarbak sebagai asas. Selain memberi keselesaan kepada kaki, ia juga amat sesuai untuk dipadankan dengan gabungan perabot seperti kerusi katil, kerusi serta meja kopi. Bagi menghasilkan titik fokus yang menarik dalam latar belakang, gunakan langsir untuk mengawal sinaran matahari. - S:A