SCOOT menerima pesawat sulung Airbus A320neo di Toulouse, Perancis, daripada sejumlah 39 tempahan yang telah dibuat bersama Airbus pada 2014.

Pesawat sulung yang bernombor pendaftaran 9V-TNA dan diberi nama ‘Chapati Party’ itu, telah mendarat di Lapangan Terbang Changi Singapura pada 7 Oktober sekitar jam 7.39 malam.

Penyerahan ini menandakan permulaan pelan pembaharuan barisan pesawat berbadan sempit Scoot, dan barisan A320neo bakal berkhidmat bagi laluan serantau jarak dekat dan sederhana.

‘Chapati Party’ bakal membelah awan biru dengan penerbangan Scoot TR610 dari Singapura ke Bangkok pada 29 Oktober ini.