MENGEMBARA atau melancong sama ada di dalam mahu pun luar negara menjadi idaman setiap orang apatah lagi ia platform meredakan tekanan bekerja dan menjadi wadah rehat yang membahagiakan. Tinggal lagi sediakan sejumlah wang dan masa yang sesuai, kemudian keluarlah dari kediaman, melanconglah! Namun, bagi kaki travel apa saja halangan bukan alasan. Melancong satu kemestian!

Di sini disenaraikan keperluan asas perlu dibawa mereka yang ingin melancong atau bercuti hujung minggu ke mana sahaja, yang pasti apa disenaraikan ini amat membantu. Anda boleh dapatkan di Shopee pada harga berpatutan atau layari https://shopee.com/

1. Toiletry Organiser by Lee and Lee

Kini tiada masalah lagi untuk menyimpan barang-barang kegunaan di bilik air seperti sabun mandi, syampu, pencuci muka, pencukur, berus gigi, ubat gigi dan sebagainya. Tersedia dalam beg sedia muat yang comel dengan pilihan warna dan corak menarik. Material daripada nilon kalis air dan mempunyai penyangkut terbina. Harga RM10.90 (runcit RM39.90)

2. 6 in 1 Travel Organiser by I Love Shopper

Dibuat daripada material nilon kalis air dan terdapat dalam saiz kecil, medium dan besar, menyempurnakan hari melancong anda dengan kemudahan 6 dalam 1 ini. Memudahkan pergerakan anda apabila barang seperti beg, pakaian, kasut dan aksesori dimuat berasingan. Tersedia dalam warna biru gelap, biru langit, merah ros, merah tembikai dan merah hati. Harga RM12.90 (runcit RM59.90)

3. Electronic Luggage Scale by My Fashion Borong

Tak perlu bimbang dengan muatan bagasi, anda hanya perlu isikan apa yang hendak dibawa dan timbang sebelum bergerak ke lapangan terbang untuk pelepasan pergi mahupun pulang. Setelah membeli-belah pastinya anda cuak, adakah barang-barang itu melebihi muatan bagasi ketika hendak pulang nanti. Penimbang saiz poket dan berpenyangkut ini sangat praktikal dan membantu. Menggunakan bateri AAA dan mampu mengangkat berat sehingga 40kg. Berat minimum ialah 10g. Terdapat dalam warna jingga, hitam dan biru. Harga RM8.90 (runcit RM20.90)

4. Barry Smith Foldable Bag by Cuir Boutique

Beg yang ringan, boleh dilipat, kalis air dan mudah disimpan dengan 'mengecilkan' saiznya. Mempunyai zip utama, tali pemegang tangan dan tali bahu yang boleh ditanggalkan serta dua poket hadapan memudahkan pengendalian dan penyimpanan barang. Jika sudah guna, boleh dilipat-lipatkan dan disimpan tanpa perlu ruang penyimpanan yang besar. Inilah beg tambahan untuk bagasi anda! Harga RM89 (runcit RM150)