SELALUNYA hidangan panas - sizzling plate - kita akan terbayang mi atau bihun yang dimasak bersama telur, daging, udang, sotong atau ayam.    

Namun, di NY Steak Shack, penggemar sizzling harus mencuba kelainan ini, yang menampilkan hidangan daging panas mendesir terdiri daripada empat pilihan daging, iaitu Smoked Beef, Beef Meatballs, Lamb Noisette dan Southwest Chicken yang disediakan bersama bawang segar dan kernel jagung.

NY Steak Shack melancarkan menu baharu yang diubahsuai ini pada September lalu dan sehingga 11 November depan, NY Steak Shack memperkenalkan menu Sizzling Combos, yang menggabungkan keempat-empat pilihan daging tersebut.

Anda boleh memilih plate NY Striploin & Lamb Noisette atau NY Striploin & Beef Meatballs atau NY Striploin & Smoked Beef atau NY Striploin & Southwest Chicken.

Pastinya lelehan sos perang, sos lada hitam, mentega bawang putih dan taburan bawah putih rangup melengkapkan simfoni rasa ini.

Menikmati sizzling ini tidak lengkap disejukkan tekak dengan minuman seperti Mug Sarsaparilla Splash, Strawberry Lemonade, Cranberry Cooler, Pina Colada atau Pineapple Fizz, masing-masing boleh dipasangkan dengan mana-mana pilihan daripada menu Sizzling Combos.

“Di NY Steak Shack, kami mencipta pengalaman makan yang unik dan ia adalah tepat dengan menu Sizzling Combos ini. Apa yang menarik lagi, bukan sahaja pengunjung ditawarkan gabungan dua daging segar dalam satu plate, tetapi juga dilengkapi dengan pelbagai hidangan sampingan lain yang benar-benar berbeza rasa," kata Pengurus Besar Jenama NY Steak Shack, Muhammad Adam Mah.

Pastinya penggemar sizzling tidak akan lepaskan peluang ini. Bagi yang pertama kali datang, harus membuat kunjungan kedua dan seterusnya!

INFO:

1. Diilhamkan oleh New York City, NY Steak Shack adalah jenama Malaysia yang menonjolkan inti pati dan kehebatan Big Apple.

2. Antara menu lain yang terdapat di sini adalah Smokehouse Burger, lamb Cevapi, Sizzling Duck Chop, salad, sup, pasta dan pencuci mulut seperti kek red velvet dan kek lobak merah.

3. Mendapat pensijilan halal daripada Jakim, NY Steak Shack menawarkan hidangan untuk pencinta daging pada harga yang berpatutan.

4. Kedai pertama NY Steak Shack dibuka pada Julai 2014. Pada masa ini terdapat lapan cawangan NY Steak Shack di Lembah Klang, dengan cawangan tambahan dalam perancangan.

5. Untuk maklumat lanjut, log masuk ke http://www.nysteakshack.com. - S:A