PEMBANGUNAN yang semakin rancak di kawasan bandar melibatkan pembinaan pusat komersil dan taman perumahan meningkatkan penggunaan tanah.

Ditambah dengan populasi dalam sesebuah kawasan meningkat, masyarakat Islam melahirkan kebimbangan mengenai masalah tapak tanah perkuburan Islam yang dikatakan tidak mencukupi.

Berdasarkan kepada kebimbangan yang wujud itu, Sinar Siasat cuba mencari kebenaran dakwaan berkenaan. Ikuti kupasan wartawan yang meninjau beberapa lokasi di Selangor memandangkan negeri berkenaan mencatatkan peratusan penduduk tertinggi pada 2017 iaitu 19.9 peratus.

Kariah luah rasa bimbang

Tanah perkuburan Islam Kampung Raja Uda fasa pertama dijangka penuh tahun ini.

Nazir Masjid Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang Ismail Arsat berkata, tanah perkuburan berusia kira-kira 40 tahun itu menerima jenazah dengan purata dari tiga hingga empat orang sebulan atau sekurang-kurangnya 60 orang setahun, menyebabkan keluasan ruang tanah semakin terhad dan sesak.

“Kita jangka ia penuh dalam tahun ini, maka untuk persediaan tanah perkuburan fasa kedua telah dibuka.

“Bagaimanapun fasa kedua ini cuma mampu menampung jenazah dalam tempoh dari 25 tahun hingga 30 tahun. Tapak baharu ini sudah bersedia menerima kemasukan jenazah pada bila-bila masa sahaja selepas Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja Uda fasa pertama penuh tidak lama lagi,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, Ismail berkata, pembukaan tanah perkuburan bagi fasa kedua dan ketiga itu adalah persediaan mengatasi masalah kesesakan jenazah di perkuburan lama itu.

“Sekiranya fasa kedua penuh, tapak perkuburan fasa ketiga akan digunakan. Namun fasa ketiga ini agak kecil saiznya dan dijangka cuma boleh menampung jenazah untuk tempoh lima tahun sahaja,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, pihak pengurusan juga dalam proses melaksanakan konsep tanah perkuburan Islam patuh syariah bagi tanah perkuburan fasa kedua tersebut.

“Antaranya menyelaraskan kedudukan kepuk, batu nisan dan jenis-jenis pokok yang boleh ditanam di perkuburan.

“Sekarang kita sedang menaiktaraf kemudahan di fasa kedua ini dengan membina tempat pejalan kaki, bina tempat rehat berupa ‘gazebo’, tempat berwuduk dan sebagainya,” kata Ismail berhubung projek naik taraf dilaksanakan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).

Tambahnya, pembangunan Tanah perkuburan Islam Kampung Raja Uda fasa kedua itu adalah mengambil contoh Tanah Perkuburan Islam Raudatul Sakinah, Kampung Batu Muda.

Sementara itu, wakil penduduk Kampung Budiman, Bahar Khafadi yang begitu rasa bimbang mengenai nasib jenazah orang kampungnya jika suatu hari nanti Tanah Perkuburan Islam Kampung Haji Mat Sharif dipenuhi jenazah lama dan baharu.

“Masalah (kebimbangan) ini dah lama. Penduduk Kampung Budiman memang tiada tanah perkuburan sendiri sejak lebih 60 ke 70 tahun lalu.

“Bila ada kematian, jenazah penduduk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Haji Mat Sharif. Saya lihat perkuburan ini semakin padat dengan jenazah, dalam tempoh berapa tahun lagi ia boleh bertahan, ” katanya.

Menjelaskan lagi asas kebimbangannya itu, Bahar berkata, ini kerana bukan sahaja Kampung Budiman tetapi beberapa kampung lain dengan kira-kira 20 surau tertumpu di tanah perkuburan tersebut.

“Saya yakin dalam tempoh empat tahun lagi ia akan penuh, perkara ini yang menjadi keresahan umat Islam kerana sehingga kini setakat saya tahu, belum ada mana-mana lokasi digazetkan untuk tanah perkuburan Islam,” katanya.

Tambah Bahar, isu tanah perkuburan tersebut sudah lama disuarakan bagaimanapun setakat ini belum ada perkembangan rasmi.

“Bagi pandangan saya, keluasan yang ada semakin padat dan hanya tinggal beberapa peratus sahaja lagi ruangan yang boleh memuatkan jenazah,” katanya berhubung tanah perkuburan yang wujud sejak 1918 itu.

Oleh itu, katanya, pihak berwajib harus mempercepatkan usaha menangani permasalahan ini.            

Penduduk bimbang tiada ruang pada masa depan                

Melihat pembangunan pesat penggunaan tanah di Subang Jaya, penduduk USJ 2 menggambarkan tanah-tanah di kawasan bandar berkenaan terhad untuk dijadikan kawasan perkuburan lalu mereka bimbang jika berlaku masalah kekurangan tapak untuk tanah perkuburan Islam pada masa depan.

Nazir Masjid Al Mukminun USJ2, Zainal Abidin Zakaria berkata, penduduk setempat melihat jumlah keluasan tanah semakin terhad akibat pembangunan selain harganya yang melambung tinggi menimbulkan kerisauan dalam fikiran mereka mengenai situasi tanah perkuburan Islam dalam tempoh antara 10 dan 20 tahun lagi.

“Kerisauan itu memang ada kerana melihat situasi tanah di Subang Jaya dan harganya juga makin melambung.

“Bimbang kubur yang sedia ada iaitu Tanah Perkuburan Islam USJ 22 boleh bertahan untuk beberapa tahun lagi. Jadi perlukan perhatian serius daripada pihak berwajib,” katanya.Kariah luah rasa bimbang                

“Bimbang kubur yang sedia ada iaitu Tanah Perkuburan Islam USJ 22 boleh bertahan untuk beberapa tahun lagi. Jadi perlukan perhatian serius daripada pihak berwajib,” katanya.

Menurut Zainal Abidin, bayangkanlah setakat ini tanah perkuburan berkeluasan 19 ekar tersebut menampung kemasukan jenazah dari Subang Jaya, seluruh USJ dan Putra Heights.

“Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Kerajaan Selangor mesti mengambil serius perkara ini kerana perkuburan adalah tempat abadi pengakhiran hidup insan.

“Pembangunan tanah perkuburan janganlah dianggap seperti peringkat kelas bawahan berbanding pembangunan projek sebaliknya ia perlu seiring dengan pembangunan perumahan mahupun taman permainan kerana ia satu keperluan.

“Maka pencarian tapak tanah perkuburan baharu perlu dijadikan keutamaan supaya pada masa depan tidak ada kariah masjid terhalang untuk mengebumikan mayat di tanah perkuburan berhampiran mereka kerana sudah tiada ruang lagi.

Bagaimanapun beliau yang juga seorang peguam memuji cara pengurusan Tanah Perkuburan Islam USJ 22 kerana berjaya menyediakan tanah perkuburan yang teratur dan diurus secara profesional oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).           