BAYANGKAN dalam tempoh dua hari, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor mengesan 40 kesalahan dalam Ops Pewa di Klang dan Shah Alam, baru-baru ini.

Pengarah JPJ Selangor, Nazli Md Taib berkata, pastinya kesalahan utama dikesan adalah pemandu warga asing yang tidak mempunyai Lesen Memandu Kompeten (CDL) dan Lesen Memandu Kenderaan Barang-barang Malaysia (GDL).

Menurutnya, pada hari berkenaan 10 kesalahan itu dikesan.

“Selain itu, JPJ juga mengesan kesalahan kerana cukai jalan tamat tempoh (2), teknikal (12), tidak mempunyai insuran (2) selain penyitaan empat buah kenderaan iaitu lori sampah (2 buah), lori tipper (1 buah), bas pekerja (1 buah).

“Kita turut mengeluarkan 50 notis kepada pemandu,” katanya.

Dalam operasi  dijalankan bermula jam 8.30 pagi itu, sebanyak 92 buah kenderaan telah diperiksa.

Mengulas lanjut, Nazli berkata, antara lokasi ‘hotspot’ adalah seperti Cyberjaya, Sepang dan Klang kerana kawasan-kawasan ini adalah kawasan industri, universiti atau juga kolej.