SHAH ALAM - Setiausaha Politik kepada Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dilantik sebagai Pengarah Komunikasi parti itu bagi menggantikan penyandangnya, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menurut laman mikro Twitter PKR, lantikan tersebut berkuat kuasa hari ini.

Menyedari tugas baru yang digalas merupakan tanggungjawab yang diamanahkan, Fahmi Fadzil berkata, beliau nekad memastikan kepercayaan yang diberikan akan dilaksana sebaik mungkin.

"Alhamdulillah saya bersyukur di atas lantikan ini. Ia merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang berat.

"Namun saya percaya berbekalkan doa, semangat reformasi dan sokongan teman-teman seperjuangan, insya-ALLAH matlamat membina sebuah Malaysia yang lebih baik serta adil buat semua anak watan bakal menjadi realiti satu hari nanti," katanya kepada Sinar Harian Online, sebentar tadi.

Sementara itu, Nik Nazmi yang dipetik dari laman mikro Twitternya turut mengucapkan tahniah atas lantikan itu.

"Tahniah atas dilantik sebagai Pengarah Komunikasi yang baru.

"Saya akan bantu apa yang perlu insya-ALLAH," katanya.

Untuk rekod, Nik Nazmi dipilih menggalas jawatan tersebut bermula 16 Ogos 2010.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :