KUALA LUMPUR - Ketua Penolong Pengarah (D3) Naziran, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman ACP Zainuddin Ahmad memulakan tugas sebagai Ketua Polis Daerah Dang Wangi yang baharu menggantikan ACP Mohamad Zulkarnain Abd Rahman.
   
Majlis serah dan terima tugas itu yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini, disaksikan pegawai-pegawai kanan dari ibu pejabat polis tersebut.
   
Zainuddin merupakan bekas Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul sebelum dipindahkan ke Bukit Aman sebagai Ketua Penolong Pengarah (D3) Naziran.
   
Mohamad Zulkarnain yang sebelum ini mengetuai Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi sejak lima tahun lepas, menggantikan tempat yang dikosongkan Zainuddin.
   
Pelantikan itu susulan pengumuman penstrukturan semula Polis Diraja Malaysia membabitkan pertukaran dan kenaikan pangkat 22 pegawai kanan pasukan itu pada 20 Julai lepas. - Bernama