KAJANG - Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yusuf Azmi dan Ketua Operasi unit itu, Ali Salimin hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini bagi membantu siasatan berhubung kes tuduhan menceroboh premis kedai pajak kereta Julai lepas.

Mereka dilihat memasuki pekarangan IPD itu pada jam 8 pagi tadi.

Difahamkan, mereka hadir di IPD itu bagi menyerah diri sebelum dibawa ke Kompleks Mahkamah Kajang di sini.

Tinjauan Bernama mendapati seramai kira-kira 10 anggota polis trafik mengawal lalu lintas berikutan pintu masuk IPD itu dipenuhi kira-kira 50 penyokong PPIM.

Pada 10 Julai lepas, kira-kira 30 pemilik kereta dengan beberapa aktivis PPIM didakwa memecahkan mangga kunci pagar di stor kenderaan syarikat itu dengan tujuan mengambil semula kenderaan masing-masing sehingga berlaku kekecohan.

Susulan itu, seorang pengurus eksekutif syarikat terbabit turut membuat laporan polis pada hari sama. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KAJANG - Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhamad Yusof Azmi dan Ketua Operasi Unit Tindakan Khas PPIM, Ali Salimin didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan khianat dan menceroboh sebuah stor kereta, Julai lepas.
  • SERI KEMBANGAN - Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM) dan beberapa pemilik kereta yang didakwa ditipu oleh penipuan pajakan kenderaan tiba di ibu pejabat syarikat itu, dekat sini, untuk menuntut pembebasan kenderaan mereka.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.