KUALA LUMPUR - Seorang pekerja gudang perabot warga Bangladesh ditemui mati tertimbus dalam kejadian tanah runtuh dipercayai akibat hujan lebat di Jalan Kampung Baru, Sungai Buloh dekat sini pagi tadi.

Timbalan Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harun berkata dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Abul Kassim, 43, tertimbus sedalam satu meter di bawah timbunan dinding zink, akibat gudang itu ditimbusi tanah yang runtuh itu.

Gudang perabot berkenaan terletak berhampiran kawasan bukit. "Semasa kejadian mangsa dipercayai sedang berada di dalam tandas di gudang itu. Dia dipercayai mati akibat kesukaran bernafas dan mayatnya dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat," katanya.

Mohd Sani berkata pihaknya yang menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.43 pagi mengambil masa lebih daripada tiga jam untuk mengeluarkan mayat mangsa dari timbunan. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • GEORGETOWN - Seramai 35 orang termasuk dua kanak-kanak terdiri daripada penduduk dan pekerja di Bukit Bendera terperangkap di kawasan itu sejak Sabtu lepas.
  • GEORGETOWN - Adun Tanjung Bungah dari DAP, Teh Yee Cheu dalam kenyataannya menggesa Kerajaan Pulau Pinang agar mengarahkan pemaju projek pembinaan rumah mampu milik 50 tingkat di Lembah Permai menjalankan kerja pembersihan sepenuhnya bagi memastikan tiada mangsa lain yang masih terperangkap.
  • SEREMBAN - Satu kejadian tanah runtuh sedalam kira-kira lima meter berlaku di Jalan Permai 2, dekat sini petang tadi.
  • HULU LANGAT - Dua pekerja warga asing maut apabila bilik rumah kongsi mereka tertimbus akibat tebing runtuh di Jalan Hulu Langat, di sini, awal pagi tadi.
  • AMPANG - Penduduk di sebuah pangsapuri di Bukit Antarabangsa, terkejut apabila dentuman yang disangka guruh rupanya tanah runtuh.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.