JOHOR BAHRU - Seorang wanita maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Simpang Tiga, Bagan, dekat Batu Pahat, awal pagi tadi.
 
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Mohd Khalid, Saif Abd Rahim berkata, mangsa Fadzilah Baharum, 50, ditemui mati dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.
    
"Bomba menerima panggilan mengenai kejadian terbabit pada jam 4.36 pagi dan satu jentera bersama lima anggota bomba kemudian tiba di tempat kejadian pada 4.44 pagi," kata beliau ketika dihubungi, di sini.
    
Saif berkata api sedang marak kira-kira 90 peratus ketika anggota bomba tiba di rumah separuh papan itu.
    
Operasi memadam kebakaran itu bagaimanapun berjaya ditamatkan sepenuhnya pada kira-kira jam 6.33 pagi.
    
Menurut beberapa saksi kejadian, Fadzilah yang masih bujang dan tinggal di rumah tersebut bersama keluarga adik perempuannya, pada mulanya berjaya menyelamatkan diri, namun dilihat memasuki semula rumah tersebut untuk mengambil barangan miliknya.-Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • GUA MUSANG - Seorang remaja lelaki meninggal dunia manakala dua yang lain parah apabila kenderaan yang dinaiki terlibat dalam kemalangan si Kilometer 45, Jalan Gua Musang - Kuala Krai, di sini.
  • KUALA LUMPUR - Anggota Bomba dan Penyelamat hari ini masih berusaha memadamkan sisa-sisa kebakaran yang masih membara dan mengeluarkan asap tebal walaupun kebakaran di kilang membuat sarung tangan getah di Kuala Kubu Bharu dekat sini Ahad lepas, berjaya dikawal.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.