KUALA LANGAT - Seorang wanita maut selepas diserang dan ditetak di kepala dengan parang oleh dua lelaki dipercayai warga asing dalam kejadian awal pagi tadi, di Taman Yayasan, Jenjarom di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Nordin Manan berkata kejadian berlaku pukul 1 pagi ketika wanita warga tempatan berusia 36 tahun itu mahu mengunci pintu rumah yang didiami bersama ibu angkatnya.

"Wanita itu disahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, ketika menerima rawatan," katanya di sini. 

Beliau berkata siasatan awal mendapati dua suspek terbabit yang masing-masing bersenjatakan sebilah parang menyerbu ke dalam rumah mangsa sebaik mangsa mahu mengunci pintu.

"Mangsa dipercayai dibunuh akibat dendam kerana tiada harta benda yang dilaporkan hilang," katanya. 

Beliau berkata usaha mengesan kedua-dua suspek terbabit sedang dilakukan dan saksi kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan.  -- Bernama

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LANGAT - Mangsa yang dipercayai lemas ketika keluar menjaring ikan bersamanya dan dua orang anak lelaki berumur 29 dan 45 tahun di Pantai Morib, Selasa lalu, telah dijumpai oleh orang awam berhampiran sebuah pusat pelancongan di Morib tengah hari tadi.
  • KUALA LANGAT - Majikan dianggap masih berdegil sekiranya tidak mendaftarkan Pekerja Asing Tanpa Izin (Pati) untuk membuat permohonan Enforcement Card (E-Kad) bagi membolehkan penggajian pekerja dibuat secara sah.
  • KUALA LANGAT - Berselindung disebalik kedai makan dan telefon bimbit bagi mengaburi mata pihak berkuasa ternyata gagal.
  • KUALA LANGAT - Sekali lagi tapak binaan di Bandar Saujana Putra, Jenjarom, dekat sini yang menjadi tempat tinggal pendatang asing tanpa izin (Pati) diserbu.
  • KUALA LANGAT - Cubaan dua lelaki untuk mencuri tabung surau di Kampung Buaya Tengah, dekat sini, memakan diri selepas kegiatan mereka disedari orang awam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.