NILAI - Seorang wanita cedera selepas motosikal ditunggangnya terlibat dengan kemalangan sebelum terbakar di Kilometer 276 Lebuhraya PLUS arah selatan di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu mangsa, Nurul Amira Hamzah,28, menunggang motosikal jenis Kawasaki RR150 secara bersendirian.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Mohd Fauzi Shamir berkata, sebuah jentera dan Pasukan Perubatan dan Tindakan Balas Perkhidmatan (EMRS) dengan kekuatan sembilan pegawai dan anggota bergegas ke lokasi sejurus mendapat panggilan kecemasan.

"Sebaik kami sampai jam 11.48 malam, didapati motosikal mangsa yang berada di tengah lebuhraya sedang terbakar keseluruhan. Manakala mangsa pula telah pun berada di tepi jalan dengan keadaan muka dan kakinya cedera.

"Rakannya memberitahu kejadian itu berlaku selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan sebuah kenderaan tidak pasti, menyebabkan mangsa terjatuh, sebelum motosikal itu terbakar," katanya.

Menurutnya, bomba mengambil masa kira-kira lima minit untuk memadamkan kebakaran dan mangsa kemudian telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban oleh EMRS.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Seorang pemandu teksi nyaris maut apabila teksi yang dipandunya dihempap kontena dalam kejadian di Jalan Persiaran Raja Muda Musa, dekat sini, hari ini.
  • KUALA LUMPUR - Dua buah bas yang membawa atlet Sukan Sea 2017 dari Thailand, Filipina dan Myanmar terlibat dalam kemalangan di tol Sungai Besi menghala ke Kesas, dekat sini, pagi tadi.
  • PORT DICKSON - Seorang wanita maut dan seorang lagi cedera parah selepas selepas kereta yang dipandu di kilometer 18.8 Lebuh Raya Seremban Port Dickson (SPDH) arah Port Dickson Seremban pada sekitar jam 8.40 pagi tadi.
  • ALOR SETAR - Jabatan Kesihatan Negeri, hari ini, mengesahkan 21 mangsa terlibat dalam kes kemalangan membabitkan sebuah trak polis membawa orang kena tuduh (OKT) dengan sebuah kereta Perodua Myvi di Jalan Sidam Kanan berhampiran Kampung Jambu, Padang Serai, Kulim, kira-kira jam 11 pagi semalam dalam keadaan stabil.
  • BANTING - Seorang anggota bomba maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 12, Jalan Bukit Changgang - KLIA, dekat sini, semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.