KUALA PILAH - Wanita dalam kes pengabaian kanak-kanak berusia tiga tahun mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah atas kesalahan meninggalkan kanak-kanak lelaki itu secara bersendirian di sebuah rumah sewa di Kampung Parit Buloh Gemas, pada 5 Januari lalu.

Tertuduh, Shamsinar Ambia, 36, menyatakan pengakuan bersalah di hadapan Hakim Sesyen Nariman Badruddin dan mengaku faham atas pertuduhan itu.

Mengikut fakta kes, jam 7malam pada 5 Januari, kanak-kanak berusia tiga tahun ditinggalkan tanpa berpakaian oleh penjaga dalam keadaan tidak berpatutan dengan rumah kotor dan berbau busuk.

Kemudian, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 33 (1) (c) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh hukum di bawah seksyen sama.

Bagaimanapun, tertuduh, merayu kepada mahkamah bagi meringankan hukuman kerana mempunyai tiga orang anak berusia 13, 14, dan 17 tahun masih bersekolah.

Suaminya juga tiada pendapatan tetap dan dirinya juga dari keluarga miskin serta berharap hanya dikenakan denda sahaja.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Nik Azhan Nik Mahmood memberitahu, agar tertuduh didakwa setimpal dengan hukuman dalam undang-undang mengambil kira fakta kes.

Kemudian setelah hakim meneliti dokumen pendakwaan dan rayuan tertuduh, Shamsinar dijatuhkan hukuman denda RM10,000, dan menjalani khidmat masyarakat dibawah selian Jabatan Kebajikan Masyarakat selama 240 jam dan jika gagal membayar denda dikenakan penjara setahun.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • GEORGETOWN - Lemas merupakan penyebab kematian kedua tertinggi kanak-kanak di negara ini selepas kemalangan jalan raya dengan kira-kira 500 golongan berusia satu hingga 18 tahun dilaporkan menjadi mangsa setiap tahun, demikian menurut kajian Pusat Penyelidikan Klinikal Perak.
  • SHAH ALAM - Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat enam pangsapuri di U11, Shah Alam, kira-kira jam 12.10 tengah malam tadi.
  • MARANG - Tindakan seorang kanak-kanak berbasikal yang melintas jalan secara tiba-tiba mengundang padah apabila maut dirempuh sebuah kenderaan di Jalan Telekom di Rusila di sini, petang semalam.
  • SHAH ALAM - Lelaki berjubah dan berpenutup muka bertindak mengacukan pisau terhadap seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun sebelum melarikan beg tangan milik ibunya.
  • KAJANG - Kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun berdepan detik hitam dalam hidupnya apabila diratah oleh teman lelaki ibunya sejak April lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.