SEREMBAN - Seorang wanita yang sebelum ini dipercayai ibu kepada Muhammad Adam Khuzaimie Abdullah, kanak-kanak berusia tiga tahun yang  ditemui bersendirian di sebuah rumah di Gemencheh, Tampin pada Jumaat lepas, akan didakwa esok.    

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Hamazah Ab Razak berkata wanita berusia 36 itu akan didakwa mengikut Seksyen 33 (c) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana meninggalkan kanak-kanak tanpa pengawasan selama suatu tempoh yang tidak berpatutan.    

Dia akan didakwa di Mahkamah Majistret Rembau, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.    

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau didenda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.     

Pada 6 Januari lepas, Muhammad Adam Khuazimie ditemui di dalam sebuah rumah di Kampung Parit Buluh, Air Kuning Selatan, dekat Tampin kira-kira 1 pagi dalam keadaan lapar dan menangis ketakutan.

Dia dipercayai ditinggalkan seorang diri oleh ibunya sejak 6 petang, Khamis lalu sebelum ditemui sehari kemudian apabila sepasukan polis dan orang kampung memecah masuk rumah tersebut.

Tindakan itu susulan laporan polis yang dibuat oleh ketua kampung pada 12.45 tengah malam yang menyatakan terdengar bunyi budak menangis di dalam sebuah rumah yang berkeadaan gelap dan berkunci. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SEREMBAN - Polis tidak dapat mengambil sebarang tindakan berhubung dakwaan kanak-kanak warga Argentina dilarikan oleh bapanya kerana tiada laporan rasmi dibuat oleh pihak berkenaan berhubung perkara itu.
  • KAMPAR - Ketelitian dan ketekunan sepasukan anggota bomba berjaya menyelamatkan jari seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang tersepit pada jek hidraulik kereta, dalam satu kejadian di RPT Tualang Sekah, di sini, hari ini.
  • KAJANG - Seorang penyelia tergamak melakukan perbuatan jijik dan memalukan apabila sanggup mencabul anak perempuan teman wanitanya berusia 11 tahun.
  • KUALA SELANGOR - Waris kepada seorang kanak-kanak perempuan, Dania Ajla, 4, dicari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuala Selangor bagi membantu prosedur dokumentasi.
  • GEORGETOWN - Lemas merupakan penyebab kematian kedua tertinggi kanak-kanak di negara ini selepas kemalangan jalan raya dengan kira-kira 500 golongan berusia satu hingga 18 tahun dilaporkan menjadi mangsa setiap tahun, demikian menurut kajian Pusat Penyelidikan Klinikal Perak.