AUTA

SELEPAS disahkan palsu tahun lalu, Majlis Jom Nikah didakwa anjuran Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus kini sekali lagi disebarkan secara meluas menerusi media sosial serta aplikasi WhatsApp.

Berdasarkan mesej, Majlis Jom Nikah dikatakan berlangsung 31 Ogos ini di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Mereka yang berminat perlu bersama pasangan dengan kad pengenalan dan surat cerai bagi wanita

janda, dan surat bukti pasangan lelaki bekerja yang membolehkan pernikahan atau poligami.

FAKTA

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menafikan penganjuran Majlis Jom Nikah, sekali gus mengesahkannya ia palsu.

Pengarahnya, Paimuzi Yahya berkata, pihaknya tidak pernah menganjurkan majlis seumpama itu dan penyebaran tersebut telah berlaku sejak tahun lalu.

“Orang ramai tidak perlu terpedaya dengan berita seumpama ini kerana kami memang tidak pernah anjurkan majlis perkahwinan sedemikian.

“Untuk menganjurkan majlis seperti itu, Jawi mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KADAR bayaran kompaun yang dikenakan kepada pengguna kenderaan yang lewat memperbaharui lesen memandu yang telah tamat tempoh kini kembali tular menerusi aplikasi WhatsApp.
  • Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat mengesahkan tular kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Batu Tiga diculik adalah palsu.
  • SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi akaun Facebook dan disahkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), memaklumkan tidak ada kod sekuriti dengan cara memasukkan nombor pin terbalik pernah diwujudkan bagi menjamin keselamatan pengguna mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM).
  • TERSEBAR viral di laman sosial mengatakan terdapat taktik terbaru penjenayah untuk merompak rumah tertentu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.