ROMPIN - Gerakan menngesan dan mencari mayat seorang lelaki yang dilihat terapung di Perairan Pulau Sri Buat, Tanjung  Gemok, Rompin pagi tadi berdepan kesukaran apabila cuaca buruk ekoran angin kencang, hujan lebat dan laut bergelora.

Mayat tersebut ditemui seorang nelayan pagi semalam sebelum dilaporkan kepada polis kira-kira jam 8.17 pagi sebelum gerakkan mengesan mayat itu digerakkan melibatkan polis dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Azli Mohd Noor berkata, ekoran keadaan cuaca tidak mengizinkan, operasi mencari mayat tersebut dihentikan tengahari hari tadi.

Menurutnya, laporan berhubung kejadian dibuat Balai Polis Tanjung Gemok, Rompin oleh seorang wanita memaklumkan suaminya menjumpai mayat terapung di lokasi.

“Susulan laporan tersebut, gerakan mengesan dan mencari digerakkan bagaimanapun pasukan menyelamat terpaksa berpatah balik ke jeti Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga di sebabkan faktor ombak yang tinggi serta hujan lebat,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :