GEORGETOWN - Usaha mencari dua lagi mangsa kejadian tanah runtuh di tapak projek pembinaan di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini masih diteruskan.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus berkata,  bagaimanapun perkembangan terkini berhubung operasi mencari dan menyelamat itu akan dimaklumkan esok pagi.

"Kalau ada apa-apa perkembangan kita akan laporkan pada esok pagi. Sama ada kita akan meneruskan (operasi) atau tidak bergantung pada keadaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini malam ini.

Mayat kesembilan seorang warga Bangladesh dikenali sebagai Rahaman Abdur berjaya dikeluarkan dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang pada 8.38 malam.

Sehingga jam 9 malam ini, sembilan mayat sudah dikenal pasti dan dibawa keluar iaitu tiga warga Myanmar, Yunus Nazir Huson, Muhammad Elyas Mustak dan Rahmatullah Mohd Sidiq; tiga warga Bangladesh Hossen Mia, Nur Alam dan Rahaman; dua warga Indonesia Hosrin Sharif dan Erwin Salis serta seorang rakyat Pakistan Raza Ali.

Dua lagi mangsa seorang rakyat tempatan Yuan Kouk Wern, 27, dan seorang warga Bangladesh Muhammad Monirul Islam belum dijumpai.

Operasi mencari dan menyelamat pada hari kedua hari ini melibatkan pelbagai agensi iaitu polis, pasukan bomba dan penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia,

Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dari Putrajaya, Unit Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia: Hospital Pulau Pinang; Majlis Bandaraya Pulau Pinang; dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dengan dibantu pertubuhan bukan kerajaan.- Bernama
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • GEORGETOWN - Lapan mayat mangsa tragedi tanah runtuh di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini Sabtu lalu belum dituntut.
  • GEORGETOWN - Operasi mencari dan menyelamat mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di tapak projek perumahan mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini dihentikan sepenuhnya pada jam 12.05 tengah hari tadi.
  • GEORGETOWN - Dua mayat lagi dijumpai pagi tadi menjadikan jumlah keseluruhan 11 mayat berjaya ditemui oleh pasukan penyelamat di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini.
  • GEORGETOWN - Difahamkan dua mayat lagi dijumpai pagi tadi menjadikan jumlah keseluruhan 11 mayat berjaya ditemui oleh pasukan penyelamat di tempat kejadian.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.