SERI KEMBANGAN - Tukang urut akan dibariskan dan boleh memilih mengikut nombor yang dipaparkan pada baju yg dipakai oleh perempuan berkenaan.

Itu antara 'tarikan' pusat refleksologi di sini, yang dibongkar sepasukan Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Selangor, selepas disyaki menawarkan aktiviti seks untuk lelaki hidung belang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, Ops Noda diketuai Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim menyerbu premis berkenaan kira-kira jam 1 pagi, semalam.

Menurutnya, pihaknya telah menahan 15 wanita warga asing berusia lingkungan 23 hingga 36 tahun disyaki pekerja seks membabitkan warga Indonesia, Vietnam dan Thailand.

"Siasatan dapati premis ini menyediakan bilik khas untuk kegiatan terbabit.

"Kita telah merampas kondom, tisu serta wang tunai selain menahan seorang lelaki tempatan dipercayai penjaga premis," katanya.

Mengulas lanjut, premis ini disyaki menyediakan perkhidmatan urutan badan ke badan dan seks dengan harga RM140 hingga RM180.

Malah, risikan polis juga mendedahkan premis beroperasi setiap hari dari jam 12.00 tengah hari sehingga awal pagi.

Dalam pada itu, polis turut menyerbu empat premis hiburan dan pusat urutan di Subang Jaya, Petaling Jaya dan Klang.

 

"Kita telah menahan seramai 56 individu termasuk pekerja, penjaga premis dan pelanggan bagi membantu siasatan," katanya.

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959, Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PETALING JAYA - Berselindung disebalik pusat refleksologi, hakikatnya dipercayai menawarkan aktiviti tidak bermoral untuk lelaki berhidung belang.
  • KLANG - Bukan sahaja menyediakan urutan tradisional, tetapi juga dipercayai dikesan menawarkan kegiatan tidak bermoral bagi mengaut untung dengan mudah.
  • KUALA LUMPUR - Akibat mengugut untuk membunuh bekas majikan dan suami melalui aplikasi Whatsapp, seorang tukang urut didenda RM6,000 atau 12 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini.
  • KUALA LUMPUR - Tukang urut dan pelayan pelanggan ‘terlampau’. Itu yang dikesan dalam serbuan Ops Noda oleh sepasukan polis Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Selangor di lima premis pusat urut serta tiga premis pusat hiburan kira-kira jam 9.20 malam tadi.
  • SEREMBAN - Dua tukang urut wanita warga asing yang beragama Islam sanggup mengaku bukan Islam semata-mata mengelak ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dalam serbuan diadakan di sebuah premis urut di Senawang di sini, malam tadi.