SHAH ALAM - Sebuah kedai emas rugi kira-kira RM80,000 selepas disamun dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah dekat Seksyen 23, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Nek Zaidi Zakaria berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.28 petang.

Menurutnya, siasatan dapati enam lelaki tempatan memakai topi keledar dan bervisor terlibat dalam kejadian itu.

"Suspek bersenjatakan tukul besi dan satu objek menyerupai pistol dipercayai datang menaiki tiga buah motosikal.

"Bagaimanapun, kita masih siasat dan kesan motosikal tersebut," katanya.

Kesan cermin yang pecah.

Beliau berkata, suspek yang berjaya menyamun premis terbabit dilihat keluar kira-kira tujuh minit kemudian.

Katanya, satu kelongsong peluru jenis Luger 9mm dijumpai di tempat letak kereta hadapan pintu masuk pusat beli-belah itu.

"Suspek berjaya melarikan barang kemas dan dianggarkan bernilai RMRM80,000," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.