BAHAU - Tujuh ekor lembu mati selepas dirempuh sebuah lori tangki dekat Jalan Pintas Bandar IOI, Bahau malam tadi.

Kejadian sekitar jam 9 malam itu dipercayai berpunca apabila sekumpulan lembu tiba tiba keluar ke tengah jalan dari ladang berhampiran.

Menurut sumber yang dikenali sebagai Chong, 53, lori tangki itu dalam perjalanan menuju ke Bandar Seri Jempol dari arah Rompin.

"Namun dipercayai gagal mengelak lalu merempuh sekumpulan lembu itu.

Tujuh ekor lembu termasuk anak lembu mati akibat rempuhan itu.

"Manakala pemandu lori tangki tidak mengalami kecederaan. Pemilik lembu pula tidak diketahui namun dipercayai milik penduduk kampung berhampiran.

Keadaan lembu yang ditemui mati di laluan tersebut malam tadi.

"Kebiasaanya lembu lembu ini dilepaskan diladang sawit berdekatan oleh pemiliknya," katanya.

Sinar Harian difahamkan, pengguna jalanraya juga mengesa pihak berkaitan menambah papan tanda peringatan berkaitan kehadiran binatang ternakan dilaluan tersebut.

Sementara itu, bangkai lembu berkenaan dipercayai diuruskan oleh pihak Majlis Daerah Jempol (MDJL) dan ditanam berhampiran kawasan ladang sawit.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :