JOHOR BAHRU - Tujuh lelaki warga Indonesia terselamat apabila kapal barter trade yang dinaiki mereka terbakar ketika sedang belayar berhampiran perairan Tanjung Labuh, dekat Batu Pahat, hari ini.

Pengarah Maritim Pangkalan Batu Pahat Lt Komander Maritim Muhammad Zulkarnain Abdullah berkata kesemua mereka yang berumur 24 hingga 58 tahun itu kemudian dibawa ke Jeti Pangkalan Maritim Batu Pahat, sebelum diserahkan kepada ejen kapal bagi tindakan lanjut.

Katanya, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira 8.50 pagi sewaktu kapal MT Rizki Anugerah Nusantara yang membawa muatan kelapa bulat itu sedang belayar dari Indonesia menuju ke Minyak Beku, dekat sini.

Ketika tiba di kedudukan tiga batu nautika tenggara Tanjung Labuh, kapal itu terbakar secara tiba-tiba.

Kesemua anak kapal kemudian sempat diselamatkan oleh sebuah kapal tunda yang berada di tempat kejadian.

"Susulan laporan, sebuah bot ronda telah diarahkan ke tempat kejadian bagi memberi bantuan namun setibanya di sana, kita dapati kesemua anak kapal telah diselamatkan dan kapal (kebakaran) sudah terkawal. Tetapi ia tidak dapat ditunda ke pelabuhan kerana tersekat di kawasan cetek," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau menambah punca kejadian sedang disiasat oleh pihak ejen kapal. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah kepada Ketua Pemuda MCA Tanjong Lim Swee Bok atas kematian empat anggota keluarganya dalam kebakaran di rumah mereka di Pangkalan Weld, Pulau Pinang hari ini.
  • GEORGETOWN - Empat dipercayai sekeluarga termasuk dua kanak-kanak ditemukan rentung dalam kejadian kebakaran rumah jenis kluster dua tingkat di Pintasan Cecil 5, Pengkalan Weld, di sini awal pagi ini.
  • PORT DICKSON - Seramai 120 warga asing pekerja kontrsak binaan terselamat dalam kejadian kebakaran rumah kongsi mereka di Kampung Paya awal pagi tadi.
  • IPOH - Seorang warga emas ditemui rentung manakala dua lagi melecur dan sesak nafas dalam kejadian kebakaran sebuah rumah di Jalan Bengkok, Kampung Baru Buntong, di sini, awal pagi tadi.
  • KUALA LUMPUR - Seorang warga emas ditemui maut manakala tiga mangsa lagi kini kritikal dalam kejadian kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat di Jalan Maarof, Bangsar, di sini awal pagi tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.