ALOR SETAR - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menghentikan penggunaan pesawat Pilatus PC-7 dan helikopter Aloutte III dalam sesi latihan penerbangannya sedikit masa lagi.

Panglimanya, Jeneral Tan Sri Roslan Saad berkata, kedua-dua pesawat itu yang mencurah khidmat selama 53 tahun akan ditamatkan secara peringkat dan digantikan dengan PC-7 MK II dan helikopter EC 120B demi peningkatan keupayaan dan kemahiran bakal juruterbang.

Beliau berkata, ia selaras dengan perkembangan teknologi terkini dunia penerbangan dan pesawat laithan generasi baru itu mampu meningkatkan tahap kualiti kemahiran pelatih TUDM.

"Graduan ini adalah kumpulan terakhir menjalani latihan penerbangan menggunakan Pilatus PC-7 dan Aloutte III," katanya selepas menyampaikan sayap penerbangan kursus asas penerbangan siri 77, kursus asas peralihan helikopter siri 56 dan kursus asas peralihan kuartermaster udara pesawat Nuri siri 28 di Kolej Tentera Udara (KTU), di sini, semalam.

Menurutnya, konsep baru dengan peralatan latihan penerbangan yang lebih moden dan terkini membolehkan pelatih boleh terus pandu pesawat TUDM selepas tamat latihan.

“Sekarang kita ada tiga helikopter dan akan dapat tambahan dua menjadikan lima helikopter untuk latihan penerbangan.

"Ia adalah milik sebuah syarikat tempatan yang disewa khas oleh TUDM dengan bayaran ikut jam penerbangan pada setiap bulan," katanya.

Ketika ini, TUDM mempunyai 12 Aloutte III dan mengambil masa begitu lama untuk kerja penyelenggaraan berbanding pesawat baru 85 hingga 90 peratus abilitinya sudah ada.

“Kita guna konsep sewa jam dan ini bermakna syarikat itu akan selenggara helikopter berkenaan secara menyeluruh sebelum diterbangkan pelatih TUDM,” katanya.

Roslan berkata, kaedah itu secara tidak langsung menjimatkan perbelanjaan TUDM untuk jangka panjang selain meningkatkan produktiviti juruterbang untuk keluar.

Pada majlis itu, sembilan graduan kursus asas penerbangan siri 77 dan 12 graduan kursus asas helikopter siri 56 dianugerahkan sayap penerbangan sebagai titik permulaan untuk berkhidmat sebagai juruterbang TUDM.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PETALING JAYA - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka memulakan operasi secara berperingkat di Pangkalan Udara Sendayan di Negeri Sembilan bermula Januari 2018, kata Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.
  • IPOH - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang membuat penilaian terhadap empat unit pesawat Maritime Patrol Aircraft (MPA) yang sesuai bagi meningkatkan keupayaan pasukan itu.
  • KUALA LUMPUR - Bahagian Perhubungan Awam TUDM (MTU-Sekretariat Delta) berjaya mengharumkan nama TUDM setelah dinobatkan sebagai penerima anugerah dari Dewan Sosial Media Malaysia pada Malam Anugerah Media Sosial Malaysia Tahun 2017 yang diadakan di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur.
  • SUBANG - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sudah bersedia dengan beberapa pesawat untuk melaksanakan arahan misi kemanusian bagi membantu pelarian Rohingya di Bangladesh.
  • PUTRAJAYA - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menafikan laporan bahawa kontena mengandungi peralatan radar tentera berteknologi tinggi telah hilang di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor Bahru.